Tun M doakan kesembuhan, minta orang ramai henti ungkit salah Jamal Yunos

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau biasa di sapa Tun M doakan kesembuhan Datuk Jamal Md Yunos selepas pemimpin itu kini dikhabarkan sedang bertarung dengan penyakit barah tahap empat.

Tun M doakan kesembuhan Jamal, tegur pihak yang gesa beliau minta maaf

Menerusi hantaran beliau di media sosial, Tun M turut menegur pihak yang menggesa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu untuk meminta maaf kepadanya, meskipun pemimpin berkenaan terlantar di hospital.

Ujarnya, perkara lalu tidak perlu diungkit, lebih-lebih lagi apabila seseorang sedang menghadapi kesukaran.

“Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
“Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya,” katanya.

Tun M doakan kesembuhan

Kredit FB: Official Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun M doakan kesembuhan, ambil kesempatan minta maaf

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia ke 5 dan 8 itu juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Jamal atas segala salah dan silap selama ini.

“Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya,” ujarnya.

Difahamkan, kesihatan Jamal semakin merosot selepas sel barah yang sebelum ini berada di paru-paru telah merebak ke otak, dengan saiz ketumbuhan kira-kira tiga sentimeter.

Beliau yang kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang berkata, penyakit itu hanya disedari selepas menjalani ujian MRI akibat sakit leher dan kepala ketika sedang memasak di rumah.

Kesihatannya dilaporkan mula merosot sejak September 2022, menyebabkan beliau semakin lemah dan mengalami penurunan berat badan yang ketara.

Untuk rekod, Jamal pernah menjadi pengkritik keras Dr Mahathir ketika pemimpin veteran itu bersama Bersatu dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:omm

Sumber: Facebook Official Tun Dr Mahathir Mohamad

Be the first to comment

Leave a Reply