[VIDEO] Shuib Kelu Apabila Mendapat Soalan ‘Tajam’ Oleh Matin-“Kenapa Sekarang…”

Pelawak, Shuib membuat perkongsian sedih mengenai pertanyaan anak lelakinya, Matin ketika mereka berdua keluar bersama menggunting rambut di sebuah kedai, baru-baru ini.

Kongsi Shuib, Matin mempersoalkan mengapa kini kehidupannya tidak seronok seperti ketika arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin masih hidup.

“Tadi lepas potong rambut, turun daripada eskalator. Tiba-tiba Matin cakap macam ni, ‘Daddy, kenapa sekarang kita rasa tidak best?’,

Sekarang seronok tapi tidak seseronok dulu, masa ada ibu (Siti Sarah) best, Dulu masa ada ibu, ibu marah pun best.”-kongsi Shuib di Instagram

Matin Beri Soalan ‘Tajam’

Akui ‘kelu’ dengan persoalan anaknya itu, Shuib menyatakan bahawa dia cuba menenangkan diri. Namun, soalan Matin terhadapnya itu terlalu ‘tajam’.

“Kadang-kadang bila anak tanya soalan macam ni, kita pun macam takde jawapan. Cuba menenangkan diri, tapi nampaknya tak boleh tenangkan diri sebab soalan Matin ‘Tajam’.

Betul, mummy (Watie Hanifiah) ada tapi, itulah kasih sayang seorang mak kandungkan anak. Dia punya relationship, connection tu dahsyat.

Matin hanya seorang budak, baru sepuluh tahun. Kita bersyukur sebab ada mak dengan ayah lagi.”-kata Shuib lagi

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Siti Sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayyash Affan.

Namun, Siti Sarah telah pergi mengadap Illahi pada 9 Ogos 2021 disebabkan jangkitan COVID-19.

Shuib kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan jelita, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply