Rugi RM500,000, Pengasas Produk Kopi Tanpa Bancuh Serik Guna Khidmat Selebriti! – “Saya Tak Berniat Nak Aibkan Sesiapa Tapi …”

Dalam dunia perniagaan, selebriti sering dijadikan duta produk bagi meningkatkan promosi dan jualan. Namun, tidak semua mampu memberikan komitmen yang sewajarnya, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengasas produk.

Terbaru, pengasas kopi tanpa bancuh Liquffe, Fadzil Ismail, meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa artis dan pempengaruh yang dilantik sebagai wajah produk tersebut.

Menurutnya, akibat kegagalan mereka menjalankan tugas seperti yang dipersetujui, dia mengalami kerugian kira-kira RM500,000.

“Bagi saya, pengasas produk dan selebriti sebenarnya saling memerlukan. Namun, saya rasa terkilan dan kecewa apabila selebriti yang saya percaya tidak melaksanakan tugasnya sebagai wajah Liquffe.

“Dalam masa yang sama, anggaran kerugian yang saya tanggung adalah kira-kira hampir RM500,000 akibat selebriti tidak melaksanakan tugasnya.

“Siapa artis itu, biarlah saya tidak umumkan di sini. Rasanya ada pihak media yang kenal artis itu yang sebelum ini terlibat secara langsung mempromosi produk Liquffe.

“Saya tidak berniat mahu mengaibkan atau memalukan sesiapa. Cuma, cukuplah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan mungkin pengasas produk lain yang melalui situasi yang sama,” katanya.

Serik

Disebabkan pengalaman pahit itu, Fadzil mengakui serik untuk menggunakan khidmat selebriti dalam mempromosikan Liquffe.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: gempak 

Be the first to comment

Leave a Reply