
Aidilfitri tahun ini menjadi detik penuh emosi bagi pelakon, Amyza Aznan, apabila dia menyambut lebaran dengan hati yang berat selepas anak sulungnya, Andre Mikhail Khairul, 22, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Momen pilu itu dikongsikan sendiri oleh Amyza menerusi akaun Instagram miliknya yang memperlihatkan dia dan bapanya, tidak dapat menahan air mata melihat Andre kini sedang berjuang melawan penyakit pembunuh senyap itu.
Menurut Amyza, ayahnya ‘gagal’ untuk tidak bersedih walaupun sedaya upaya menutupinya dengan memakai cermin mata gelap.
“Ayah gagal. Janji tak nak sedih, tapi gugur akhirnya air mata seorang lelaki. Datuk kepada cucunya.
“Aah pandai pakai cermin mata hitam nak menutupi kesedihan, tapi ayah gagal tipu kami,” katanya.
Dalam masa sama, Amyza yang sentiasa berada di sisi anaknya sejak disahkan menghidap penyakit berbahaya itu turut tidak dapat menipu diri sendiri.
“Kami semua pun gagal tipu diri sendiri,” katanya.
Perkongsian Amyza di Instagram dihujani pelbagai komen positif daripada rakan selebriti dan pengikutnya.
Antara selebriti yang memberikan kata-kata semangat ialah Sharifah Shahira, Amyra Rosli, Salwa Abdul Rahman.
Amyza turut memberitahu, anaknya adalah insan yang kuat sama sepertinya.
“Andre kuat macam saya,” balas Amyza di ruangan komen Sharifah Shahira yang meminta anaknya terus kuat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: hm
Leave a Reply