
Pelakon Kak Kiah Propa atau nama sebenar Siti Rokhaida Abdul Khalil berkongsi berita sedih bahawa suaminya, Mohamad Nazri Ismail, telah meninggal dunia.
Kak Kiah Propa memaklumkan suaminya baru sahaja meninggal dunia di IKN Putrajaya dan akan dikebumikan di Saujana Utama, Sungai Buloh sebelum Zohor.
Sebelum ini, arwah dilaporkan menghidap kanser leher.
Untuk makluman, Kiah dan arwah pernah bercerai sebelum mereka kembali rujuk pada 16 November lalu, selepas arwah disahkan menghidap penyakit tersebut.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 2011, namun berpisah beberapa tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: omm
Leave a Reply