
KEMBALI ramping selepas melakukan pembedahan bariatrik, timbul keinginan dalam diri pelakon Ieda Moin menyarung kembali pakaian lamanya yang kebanyakannya ketat.
Bagaimanapun kata Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 46, niat tersebut segera dibuang jauh kerana bimbang akan menimbulkan tanggapan buruk pada orang lain.
Malah dia juga amat berterima kasih kepada peminat yang sering menegur jika penampilanya keterlaluan dan tidak sesuai dengan imej sekarang.
“Pemakaian saya masih sama, cuma jujur saya katakan ada ketika timbul nafsu jahat. Maklumlah teruja dan baju-baju ketika kurus dahulu sudah lama tersimpan.
“Tetapi suami selalu tegur sebab tidak mahu nanti ada fikir saya ubah penampilan selepas kurus. Saya juga terima baik teguran peminat tentang penampilan.
“Cukuplah saya pakai depan cermin sahaja. Bila pakai sebegitu bercakap dengan diri sendiri sahaja,” katanya kepada mStar.
Ieda melakukan pembedahan bariatrik pada Mei tahun lalu di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang.
Atas nasihat doktor dia berani melalui prosedur berkenaan kerana mahu mengawal penyakit diabetes, darah tinggi dan kolestrol dihidapinya.
Biarpun berjaya mengawal penyakit dan menurunkan berat badan, namun tidak mudah dia menjalani kehidupan selepas pembedahan tersebut.
Cukuplah saya pakai depan cermin sahaja
IEDA MOIN
PELAKON
“Tak mudah nak menjaga selepas pembedahan sehingga ada ketika saya rasa tertekan sebab tak faham apa kehendak badan.
“Syukur selepas dua bulan pembedahan saya tidak lagi mengambil ubat-ubatan penyakit lain. Badan kurus itu adalah bonus selepas bedah,” ujarnya.
Dalama masa sama Ieda juga tidak sangka sekarang ini dia semakin banyak menerima tawaran kerja.
Bahkan dia kembali diberi kepercayaan membawa pelbagai watak dan tidak hanya tertumpu kepada genre komedi sahaja.
“Sekarang ini saya dah mula diberi watak antagonis dan lebih berat. Selepas kurus job pun semakin banyak,” jelasnya.
Ieda kini cuba mengekalkan berat badan 49 kilogram berbanding 70 kilogram sebelum pembedahan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber:mstar
Leave a Reply