‘Tolong fikir sebelum ikut ‘trend’ ambil duit raya kena joget’ – Ustazah Asma’

Pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun menyeru agar wanita Islam tidak terikut dengan ‘trend’ berjoget ketika menerima duit raya. 

Menerusi hantaran di Facebook, Asma’ menegur tindakan wanita Islam yang mana seharusnya menjadi lebih berakhlak selepas sebulan meraikan Ramadan. 

“Tolong fikir sebelum ikut ‘trend’ ambil duit raya kena joget, kemudian rakam dan muat naik. Ramai wanita Islam tua dan muda buat sama. 

“Syawal ibarat mereka yang balik haji. Selepas sebulan Ramadan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan normalisasikan,” tulisnya. 

Dalam ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran itu dan menyifatkan ‘trend’ popular di media sosial itu tidak bermoral dan menjatuhkan harga diri wanita. 

What do you think? Already read, don’t forget to comment and share. Thank you!! LP

Let’s Like Our Page Also On Facebook  @Lepat Pisang

Source: hm

Be the first to comment

Leave a Reply