Kongsi rezeki Syawal, ramai kritik Dewi Perssik hanya beri RM3

NIAT murni penyanyi Dewi Perssik berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidilfitri mendapat kritikan banyak pihak.

Ramai mempertikaikan jumlah wang sebanyak Rp10,000 (kira-kira RM3) adalah sangat sedikit dan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang selebriti.

Tenang berdepan kecaman, bagi Dewi apa lebih penting adalah niatnya untuk membantu orang ramai.

Dewi ikhlas berkongsi rezeki dengan penduduk kampung.

“Jika diberikan lebih banyak takut tak cukup. Duit saya juga tidak banyak seperti anda semua. Di sini ada 5,000 orang dan harus cukup untuk sampai kepada semua.

“Mereka cukup bersyukur diberikan wang. Saya hanya berkongsi rezeki dan harap dapat membantu mereka,” katanya.

Video Dewi menyerah sumbangan kepada 5,000 penduduk di daerah Jember, jawa Timur telah mencuri tumpuan ramai.

Di sebalik kritikan ada juga yang menyokong usaha murni penyanyi itu kerana dianggap tidak pernah melupakan warga kampung tempat asalnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply