“Semoga Berbahagia Hingga Ke Neraka” – Cik Epal

Selepas Jofliam kembali sah berumah tangga, bekas isterinya iaitu pempengaruh Cik Epal berkongsi ucapan tahniah buat usahawan Pizza itu.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di IG, Cik Epal seakan-akan menyindir bekas suaminya dengan isteri baharu yang dikenali sebagai Dewi.

“Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan… Tahniah Han&Yuki dapat bibik baru🥳”.

“Untuk Dewi, good luck melayan tantrum abang. Jaga abang elok-elok sebab abang memang LEMAH dengan perempuan acah macam kau. Kalau takut abang curang lagi, boleh lah sorok abang dalam almari. Heee😁.

“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell. Sekian terima kasut,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan ucapan yang disampaikan oleh Cik Epal kepada bekas suaminya itu.

Terdahulu, usahawan Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Emira Delyati Dewi pada Sabtu.

Menerusi satu perkongsian di laman Threads, pasangan itu dipercayai telah disatukan di kediaman Jofliam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: hm 

Be the first to comment

Leave a Reply