Kenapa lantai di Masjidilharam sentiasa sejuk?

Mungkin ada pengunjung di Masjidil Haram, Makkah sering tertanya-tanya mengapa lantai marmar putih berkilauan yang mengelilingi Kaabah kekal sejuk walaupun pada hari paling panas.

Ada yang mendakwa ia kerana pemasangan paip air sejuk tersembunyi di bawah lantai namun tidak ramai yang tahu sebab sebenarnya terletak pada pilihan marmar berkenaan.

Menurut satu artikel disiarkan Arab News, marmar itu diambil dari Thassos iaitu pulau timur Greece berhampiran Kavala di Laut Aegean.

Ia mempunyai salah satu ciri paling jarang ditemukan dalam batu jenis itu. Putih tulen dan mempunyai pantulan cahaya yang tinggi, marmar Thassos – kadang-kadang dipanggil marmar ‘putih salji’, ia mempunyai salah satu penyerapan haba yang paling rendah berbanding mana-mana marmar.

Selama beberapa dekad, Arab Saudi mengimport marmar unik ini untuk kegunaan eksklusif di dua masjid suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi memberikan kelegaan dan mengelakkan suhu permukaan yang tidak selamat. Ia kerana pengunjung masjid dikehendaki masuk tanpa alas kaki.

Menurut Arab News, sekeping marmar itu yang digunakan di Masjidil Haram adalah setebal lima sentimeter dan apa yang menyerlahkannya ialah keupayaannya menyerap lembapan melalui liang halusnya pada waktu malam dan melepaskan lembapan itu pada siang hari, menjadikannya lebih sejuk di bawah suhu tinggi.

Marmar Thassos juga mempunyai tahap pemantulan suria yang tinggi dan kadar kekonduksian haba tinggi berbanding batu kapur, satu lagi batu yang biasa digunakan dalam seni bina Islam.

Oleh itu, ciri unik pada marmar ini membolehkan lantai di Masjidil Haram kekal sejuk walaupun cuaca panas terik yang boleh mencapai antara 50 dan 55 Celsius pada musim panas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: hm

Be the first to comment

Leave a Reply