Cheta Potpet Masih Terkejut Bapa Meninggal Dunia, Sotong Masak Cabai Hidangan Terakhir Dijamah – “Sempat Masakkan, Abah Suka Sangat…”

Usahawan kosmetik, Cheta Potpet akui masih terkejut dan terlalu sedih dengan pemergian bapa tersayang di bulan Syawal.

Masih terkejut pemergian bapa

Menurut Cheta, segalanya berlaku dengan pantas dan dia berada dalam keadaan tidak bersedia untuk menerima berita sedih itu.

“Ya Allah Ya Tuhanku… Perginya abah dibulan mulia, tapi sungguh aku terlalu sedih, terkejut dan bukan tidak bersedia tapi terlalu cepat semuanya berlaku.“Tadi abah menghembuskan nafas terakhirnya disisi aku, mak dan adik. Sesungguhnya cukup melemahkan hati jiwa yang meronta menangis tanpa henti dan bersuara kering air mata.

“Abah tidurlah… Allah sayang abah, Allah tak mahu abah sakit lama-lama. Senang sungguh abah pergi tadi abah,” maklumnya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.

Sotong masak cabai hidangan terakhir dijamah bapa

Bagaimanapun kata Cheta, dia sempat menyiapkan makanan buat bapanya sebelum meninggal dunia.

Kata Cheta, masih terngiang-ngiang suara bapanya yang meminta dirinya untuk menyediakan lauk kegemaran iaitu Sotong Masak Cabai.

“Cek sempat bagi abah minum air, mandikan abah. Sempat masakkan abah sotong masak cabai, abah suka sangat.“Sampai sekarang terngiang-ngiang abah suruh masak sotong tu. Sempat abah makan, sempat kita beraya, sarungkan abah baju.

“Sempat melawak dengan abah tapi hari ini abah tunggu cek sampai ja tadi, cepat sangat abah pi, cek terkejut abah.

“Abah rehat tau tunggu cek kat sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa abah dan lapangkanlah kubur abahku.

“Ya Allah, tempatkanlah abahku bersama prang-orang yang beriman. Amin,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋Founder of Secret Desire (@chetapotpet_sdfounder)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:gempak 

Be the first to comment

Leave a Reply