‘Baca surat dikirim anak terasa dia ada depan mata’ – Bapa Eda Ezrin

Bapa penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin berharap dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama anak perempuannya itu selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat melanjutkan tempoh tahanan anaknya selama 30 hari lagi bermula 6 April lalu.

Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata keluarganya telah menerima hakikat Erda tidak dapat beraya Aidilfitri bersama mereka namun berharap Aidiladha nanti membawa sinar baharu.

“Keluarga juga ada merancang mengadakan kenduri kesyukuran bersama kelab peminat selepas pembebasan Erda,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau meluahkan rasa pilu apabila menerima sepucuk surat tulisan tangan anaknya yang disampaikan oleh seorang wartawan yang melawat Erda di penjara baru-baru ini.

“Membaca surat itu terasa seperti dia berada di depan mata. Sayu sebab saya tak sempat berjumpa dengannya semasa raya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita popular ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 November tahun lalu kerana didakwa memiliki lebih 6,000 biji pil kuda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:hm 

Be the first to comment

Leave a Reply