Kem4tian Zayn Rayyan mencurigakan

Doktor pakar yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengkategorikan kematian kanak-kanak autistik itu sebagai mencurigakan.

Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Rohayu Shahar Adnan yang sebelum ini bertugas di Hospital Sungai Buloh melakukan bedah siasat mayat kanak-kanak itu pada 12 tengah hari, 7 Disember 2023.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Dr Rohayu, 54, berkata, selepas meninjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan, beliau mendapati kecederaan kanak-kanak itu tidak selari dengan keadaan sekitar lokasi kejadian mangsa ditemui.

“Kes ini bukan kematian biasa, ia dikategorikan ‘suspicious’ atau ‘homicide until proven otherwise’, sekiranya semasa buat bedah siasat tiada kecederaan dan kes itu adalah betul-betul kes lemas, maka saya akan serahkan semula kepada pegawai perubatan forensik saya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:hm 

Be the first to comment

Leave a Reply