Pengabaian antara punca Zehra Zambri fail cerai, suami mahu pertahan perkahwinan

SEBANYAK lima sebab dinyatakan penyanyi Zehra Zamri dalam permohonan cerai terhadap suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Iqwan, 45, memberitahu dia juga baharu membaca dokumen berkenaan pada Khamis ketika hadir bagi sebutan kes cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Bangi. 

“Semua tuntutan ini akan disebut dalam mahkamah. 

Zehra hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Khamis.

“Saya ada pendirian sendiri dan ada beberapa perkara ada penjelasan,” katanya. 

Antara alasan dinyatakan adalah tiada lagi persefahaman, sikap  Iqwan terhadap Zehra dan perkahwinan yang tidak boleh diselamatkan. 

Dalam masa sama Zehra juga membuat permohonan atas dakwaan pengabaian serta culas tanggungjawab. 

Iqwan ketika ditemui juga berharap perbicaraan melibatkan mereka berjalan lancar. 

Malah sebagai suami dia juga mahu mempertahankan rumah tangga. 

“Sebagai suami saya mahu pertahankan. Tetapi kalau isteri asyik minta cerai kena tanya apa sebabnya. 

“Saya serahkan semua kepada pihak mahkamah,” ujarnya. 

Sementara itu, Zehra pula enggan memberi sebarang maklum balas apabila disapa media sebelum perbicaraan berlangsung.

Iqwan mahu mempertahankan rumah tangga bersama Zehra.

“Ini masa kritikal. Kita tak tahu apa akan berlaku di dalam,” jawabnya ringkas.

Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac 2025.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: mstar 

Be the first to comment

Leave a Reply