Titiek Puspa meninggal dunia

Jakarta : Penyanyi legenda Indonesia, Titiek Puspa meninggal dunia pada usia 87 tahun pada jam 4.25 petang waktu Indonesia Barat, hari ini.

Wakil pengurusannya, Petty Tunjungsari berkata, sebelum itu Titiek rebah ketika menjalani penggambaran program sitkom Lapor Pak di stesen televisyen Trans 7, semalam.

“Ketika ibu Titiek Puspa sedang menjalani sesi rakaman program Lapor Pak di saluran Trans 7, dia rebah secara tiba-tiba pada jam 8.30 malam,” katanya.

Selepas insiden itu, Titiek yang sempat menyempurnakan tiga segmen dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

Titiek cukup dikenali sebagai penyanyi legenda yang hadir dengan lagu-lagu popular antaranya, Marilah Kemari dan Kupu Kupu Malam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply