Aisyah Aziz Selamat Bergelar Isteri Abang PU Riz

Penyanyi, Aisyah Aziz kini selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura, hari ini.

Abang PU Riz

Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendirikan rumah tangga bersama abang kepada pendakwah selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz

Berita gembira itu dikongsi menerusi Facebook rasmi stesen radio Singapura, Warna 942.

“Alhamdulillah. Kini mereka digelar suami dan isteri. Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah, ne’mah & rahmah. Insya-Allah,” maklum hantaran tersebut.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut yang dikongsi mengenai perkahwinan mereka.

Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dalam masa terdekat.

Aisyah bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukanlah seorang penggiat seni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply