
“Panggil saya Jes. Saya tak biasa dengan gelaran Che Puan,” kata penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim, 47, ketika ditanya gelaran Che Puan selepas berkahwin dengan Kerabat Diraja.
Jeslina berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman iaitu Tunku Eddy Nasruan Adi dalam satu majlis tertutup pada tanggal 10 Ogos tahun lalu.
Jeslina ketika ditemui berkata, dia juga lebih selesa dengan panggilan Jes berbanding dengan gelaran Che Puan berkenaan.
“Kalau orang panggil saya Che Puan pun, saya akan beritahu panggil Jes sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Radar oleh penyanyi baharu, Tunku Ines yang berlangsung di sebuah hotel, semalam.
Mengenai rumah tangga pula, kata Jeslina, dia kini sibuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu selepas kembali berumah tangga.
“Kehidupan saya sekarang sangat gembira. Tak sampai setahun pun lagi kami berkahwin. Sekarang, saya sibuk menjaga suami dan rumah tangga.
“Anak-anak saya juga sudah besar, jadi saya membantu mereka dari segi pendidikan, pemandu untuk mereka keluar dan sebagainya,” katanya.
Ditanya karier nyanyian pula, kata Jeslina yang popular dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia berkata, dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali dalam bidang nyanyian ketika ini.
“Memang saya rindu nak menyanyi, tapi saya ada masalah dengan tekak. “Saya bercakap pun sudah kedengaran lain, jadi saya harap ada peluang tekak saya sembuh untuk kembali menyanyi,” katanya.
Pada masa sama, kata Jeslina, dia juga mempunyai masalah gastrik yang memberi kesan pada kotak suaranya.
“Sebelum ini, saya ada gastrik, jadi doktor kata ada ‘acid burn’ di kotak suara. Lagu-lagu lama pun saya sudah tak boleh nyanyi. ‘Key’ pun sudah tak boleh ‘hit dan ia sudah berlarutan lebih 10 tahun begini
“Saya juga tiada buat sebarang rawatan buat masa ini kerana tiada perancangan untuk kembali menyanyi.
“Menyanyi ‘manja-manja’ di rumah boleh lah,” katanya.
Bagaimanapun, kata Jeslina, dia akui ramai yang bertanyakan bila dia mahu kembali menyanyi.
“Ramai rindu nak dengar saya menyanyi. Jika ditawarkan menyertai program realiti, Gegar Vaganza pun saya tak boleh buat sebab macam mana nak menyanyi setiap minggu dengan pelbagai genre berbeza. “Minggu pertama sahaja, mungkin saya sudah kena “kick out” (tersingkir),” katanya.
Mengenai penerimaan suaminya pula, kata Jeslina, suaminya tidak kisah dan sentiasa menyokong minatnya dalam bidang seni.
“Suami saya tak kisah sama ada saya nak menyanyi atau berlakon. Kalau saya nak kembali menyanyi dia juga gembira,” katanya yang kini sibuk dengan perniagaan barang kemas.
Jeslina pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: hm
Leave a Reply