
Pelakon Riena Diana, 28, sudah tidak sabar menimang cahaya mata dan ‘menggesa’ kekasihnya juga pelakon Keith Foo, 42, untuk merealisasikan hasratnya itu.
Walaupun cuma berseloroh, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal mengimpikan bakal dikurniakan bayi yang comel suatu hari nanti
“Cepatlah Keith, nak satu macam ini. Tak nak Walid. Janji comel. Cuba korang ‘tag’ Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat, terima kasih,” tulisnya dalam satu hantaran.
Keith tidak ketinggalan membalas komen pada hantaran itu dan mendapat reaksi teruja daripada pengikutnya
“Tak lama lagi sayang,” tulisnya.
Rata-rata mendoakan mereka cepat mendirikan rumah tangga dan timang cahaya mata.
“Hello Keith, cepat sikit! Jangan tunggu lama-lama. Kami nak tengok mini junior Riena dan Keith. Pasti jadi!” itu antara komen manis diterima mereka.
Pasangan terbabit memang sudah tidak menyembunyikan lagi kisah percintaan mereka.
Bahkan keduanya ibarat belangkas yang tidak boleh dipisahkan dan sentiasa bersama ke mana-mana.
Keith sebelum ini pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia lapan tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: hm
Leave a Reply