Sakinah kahwin minggu lalu, sorok identiti suami atas alasan peribadi

SELEPAS bercerai dengan bekas suami kedua pada penghujung 2023, pelakon Sharifah Sakinah kembali bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya minggu lalu.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya kepada umum atas alasan peribadi. 

Mengesahkan berita itu kepada Harian Metro, Sakinah juga memberitahu sudah mengenali suaminya itu sejak empat tahun lalu.

Sakinah kembali mendiriakan rumah tangga minggu lalu.

“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.

“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya.

Pada majlis akad nikah itu, Sakinah dilihat tampil anggun mengenakan busana serba putih dengan tema putih keemasan.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang iaitu Aliff Adha pada 2015 namun pasangan itu bercerai pada 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.

Sakinah kemudiannya bertemu jodoh dengan jejaka berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada 2021 dan ia juga berakhir penceraian dua tahun kemudian.

Perkahwinan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply