Svspek kes cul1k remaja perempuan di Seremban ditemb4k m4ti

 Seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan di Seremban, Negeri Sembilan pada 10 April lalu ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, terdahulu, suspek lelaki berusia 21 tahun itu cuba meloloskan diri ketika ditahan dan memandu secara melawan arus serta melanggar kenderaan polis.

“Berkenaan kejadian tembak yang berlaku di Bandar Bukit Tinggi ini adalah ekoran daripada satu kes culik yang berlaku pada 5.45 petang (10 April) di Seremban membabitkan mangsa seorang perempuan berusia 16 tahun dengan permintaan wang tebusan berjumlah RM2 juta.

“Mangsa kemudian ditinggalkan di Sendayan, Negeri Sembilan pada 8.30 malam Jumaat dan usaha mengesan suspek diteruskan yang mana kita percaya lelaki yang ditembak mati hari ini adalah salah seorang daripada suspek terbabit dalam kes culik terbabit.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:hm 

Be the first to comment

Leave a Reply