![[VIDEO] Fasha Sandha Peluk Adik Ipar Cetus Bualan Netizen!-“Kalau Excited Pun Agak-Agaklah!”_67fc6cab6354f.jpeg](https://i0.wp.com/www.lepatpisang.com/wp-content/uploads/2025/04/video-fasha-sandha-peluk-adik-ipar-cetus-bualan-netizen-kalau-excited-pun-agak-agaklah_67fc6cab54b36.jpeg?resize=678%2C381&ssl=1)
Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Fasha Sandha yang merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak wanita malang dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.
Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu.
“Hukum Tetap Kena Ikut, Walaupun Gembira Macam Mana Sekali”-Netizen
Baru-baru ini, Tular video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sheilrdv2c5 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 656 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan beberapa komen sebelum ruangan komen tersebut ditutup.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Elisya Sandha dan suami membuat gender reveal untuk anak keduanya, namun yang meraih perhatian netizen adalah apabila Fasha Sandha yang kelihatan sangat gembira kemudian memeluk adik iparnya itu.
Rata-rata video tersebut menjadi bualan netizen sebelum ruangan komen ditutup. Netizen mengatakan bahawa gembira seberapa kali pun, tetap tidak dibenarkan untuk memeluk ipar yang berlainan jantina.
@sheilrdv2c5 #sheilarusly #elisyasandha #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage ♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92
Apa-apa pun, semoga semua menjadi lebih peka mengenai apa yang berlaku dan berharap perkara sama tidak akan berulang. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: murai.my
Leave a Reply