Tiada sebarang urusan perniagaan, Rebecca Nur Al Islam tak pinjam RM1.5 juta Bonda Rozita

PELAKON Datin Rebecca Nur Al Islam tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada usahawan Rozita Ibrahim seperti mana dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

Tampil menjelaskan salah faham itu, Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita, 61, berkata, tiada sebarang urusan melibatkan wang di antara mereka.

Malah mereka juga tidak pernah bekerjasama melibatkan pernigaan meskipun selepas Rozita berkahwin dengan abang kepada Rebecca.

Perkongsian Rozita di Instagram.

“Saya nak mencelah sedikit untuk menjernihkan spekulasi tentang Datin Rebecca. Dia tidak ada meminjam wang RM1.5 juta.

“Saya tidak ada urusan perniagaan dengannya sebelum dan selepas berkahwin,” katanya.

Rozita menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan dia hanya mempunyai urusan perniagaan dengan suami aktres berkenaan iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman.

“Urusan saya hanya dengan suaminya melibatkan hal kerja sebelum ini yang belum diselesaikan,” ujarnya.

Sebelum ini, Rebecca menyangkal dakwaan ada meminjam wang Rozita dan menganggap ia sebagai fitnah memalukan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:mstar 

Be the first to comment

Leave a Reply