Lembah Klang sesak teruk, jalan tenggelam akibat banjir

Beberapa laluan lebuh raya utama sekitar Lembah Klang terjejas dan mengalami kesesakan akibat banjir kilat pagi tadi.

Berdasarkan perkongsian Plus Malaysia Berhad (Plus), banjir kilat dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 9.1 (arah utara) antara laluan Shah Alam ke Subang.

Ia menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang selain keadaan trafik juga sesak sehingga Persimpangan Setia Alam.

Insiden sama turut dilaporkan berlaku di kawasan sebelum dan selepas masuk Tol Shah Alam (Lebuhraya Elite) yang mana lorong motosikal dan lorong kiri terhalang.

Selain itu, banjir kilat berlaku di persimpangan Shah Alam (Shah Alam ke Subang) Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menyebabkan lorong kiri terhalang.

Terdahulu media melaporkan, melaporkan beberapa kawasan di Selangor terjejas banjir kilat susulan hujan lebat sejak pagi, hari ini.

Turut dilaporkan, kolam takungan air di Taman Seri Alam yang menjalani proses baik pulih akibat pecah baru-baru ini dilaporkan melimpah susulan hujan lebat pagi tadi.

Difahamkan air melimpah keluar melalui bahagian yang sedang dalam proses baik pulih susulan insiden tebing kolam berkenaan yang runtuh 29 Disember lalu.

Selain itu, sebanyak 86 rumah dinaiki air susulan cuaca buruk di sekitar Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Petaling Jaya apabila seorang wanita menempuh detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terperangkap di dalam banjir kilat di Jalan PJU 1a/46, hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: hm 

Be the first to comment

Leave a Reply