
Pelakon, Nabila Huda enggan lagi berselindung dan mengakui berasa jijik untuk mengakui Nourish Hassan sebagai ibu tirinya.
Dakwa jadi punca konflik
Menggelarkan Nourish sebagai ‘perempuan itu’, Nabila mendakwa, wanita terbabit menjadi punca kepada tercetusnya konflik hubungan bersama bapa yang juga penyanyi legenda, Amy Search sejak bertahun-tahun lamanya.
“Siapa? Saya rasa jijik nak dengar status itu (ibu tiri), ia sangat ‘disgusting’ (menjijikkan),” katanya ringkas.
Tidak ada sebarang masalah dengan bapa
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nabila menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapa, malah hubungan sesama mereka masih baik.
“Orang ingat saya asyik bergaduh dengan papa sahaja tak habis-habis. Kami sentiasa okay dan tiada pergaduhan besar. Cuma, masalahnya ‘si polan’ (ibu tiri) itu.
“Saya minta maaf, saya rasa nak muntah dengar status itu (ibu tiri). Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama papa saya, Suhaimi bin Abdul Rahman.
“Mungkin saya boleh panggil dia (ibu tiri) perempuan itu. Segala apa yang berlaku, apa saya boleh cakap ‘perempuan itu’,” jelasnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Gayong di GSC Midvalley Megamall pada Selasa.
Sebelum apa-apa yang berlaku, lebih baik hentikan sebelum lebih ramai siasat siapa diri awak yang sebenar. Siapa makan cili, dia terasa pedas,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: gempak
Leave a Reply