Pelajar perempuan m4ut, motosikal dibonceng rempuh lori

Pelajar perempuan maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki merempuh lori di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pantai Belimbing, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Nur Alya Qaisara Mohd Fadzli, 16, meninggal dunia selepas lebih lima jam dirawat di Hospital Melaka akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang juga pelajar Tingkatan Empat membonceng motosikal rakan perempuannya.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi pelajar berusia 16 tahun dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum merempuh bahagian hadapan kanan sebuah lori.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:hm

Be the first to comment

Leave a Reply