“Datin Halau Saya, Datin Mulut Jah4t” – Pemuda OKU Dedah Perangai Datin Shahida, Ini Kisah Sebenarnya …

“Datin halau saya, Datin mulut jah4t. Datuk takut Datin mar4h saya, saya takut Datin mar4h Datuk,” berikut merupakan pendedahan pemuda kelainan upaya (OKU), Syukri yang pernah tular dan bekerja bersama Datuk Seri Aliff Syukri beberapa bulan lalu.

Kenyataan itu bagaimanapun disifatkan isteri kepada usahawan kosmetik itu, Datin Seri Shahida sebagai satu fitn4h.

Jelas Shahida, dia tidak pernah menghalau pemuda terbabit sebaliknya Syukri diberhentikan kerana meminta kenaikan gaji yang tidak munasabah.

“Saya ni sebenarnya malas nak buka cerita pasal orang tapi sebab bila orang dah fitn4h saya kena jelaskan supaya tak ada salah faham.

“Syukri OKU tu dah saya berhentikan kalau mula-mula ingat dia datang kerja nak gaji RM500 tapi kami bagi RM1,000.

“Lepas tu dia tak puas hati sebab dia nak minta gaji RM2,000 katanya kerja lama dia dapat gaji banyak tu.

“Jadi, saya minta dia berhenti sebab dengan kerja dia saya tak boleh bayar gaji sebanyak itu sebab dia berkira kerja.

“Sekarang ni pula fitn4h kata saya buang dia dan ada orang IG sebarkan katanya mulut saya jah4t,” jelas Shahida menerusi Instastories malam tadi.

Rayu kerja balik

Namun kata Shahida, Syukri kembali merayu menerusi pembantu peribadi Aliff Syukri untuk bekerja kembali dengan mereka.

“Lepas tu dia berhenti dia ada mesej pembantu peribadi Datuk untuk kerja balik, kalau kami jah4t buat apa dia nak merayu nak kerja balik?” kata Shahida.

Shahida turut mengemukakan bukti perbualan Syukri bersama beberapa pembantu peribadi Aliff Syukri untuk memohon bekerja semula.

Ajak penyebar fitn4h bersemuka

Malah, Shahida tidak berdiam diri dan turut mendedahkan kenyataan fitn4h yang disebarkan oleh seorang pengguna media sosial Instagram berkenaan sikapnya.

Ekoran penyebaran fitn4h itu, Shahida turut mengajak individu berkenaan untuk bersemuka.

“Maaf saya terpaksa update tak ada niat nak burukkan sesiapa tapi tak nak fitn4h berleluasa.

“Jangan sebab kita nampak orang itu kurang upaya kita rasa dia betul dan sebab kita sihat kita dianggap mengani4ya orang.

“Kesimpulannya saya belajar untuk tidak mempercayai orang dah,” keluh Shahida lagi.

Dalam perkembangan sama, Shahida turut dihubungi keluarga Syukri untuk memohon maaf.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber  : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply