“Mesti Aliff Aziz merajuk kat bucu katil tengok video ni” – Netizen

Seperti yang kita tahu Bella sekarang tengah aktif berlakon untuk rancangan tv, rezeki melimpah ruah selepas berpis4h dengan Aliff Aziz. Menerusi post terbaru Zizan Razak di instagramnya Zizan memuat naik satu video kelihatan Bella sedang membonceng basikal bersama Zizan. Video tersebut menarik perhatian netizen apabila melihat gelagat Zizan, berat ke atau baru belajar bawa awek kat belakang ?

Ada juga netizen kenen kenenkan mereka dan mendoakan supaya mereka berjodohan. Netizen juga mempersoalkan zizan tentang gelagat dia mambawa basikal nampak seperti kekok.

“Mesti Alif Aziz merajuk kat bucu katil tgok video ini” 

Ada juga yang mempersoalkan tentang perasaan bekas suami Bella, mungkin Bella dan Aliff Aziz sudah move on, Bella nampak begitu fokus dengan bidang yang baru di ceburinya ini, manakala masih aktif cover lagu di instagram.

Ramai peminatnya kagum dengan kebolehan Bella dalam bidang seni, mana tak nya dia pandai menari, menyanyi, seorang model dan sekarang tengah aktif berlakon. Wah memang serba boleh Bella ini kan.

Rupa rupanya video sweet Bella membonceng basikal bersama Zizan Razak hanyalah untuk pengambaran sahaja. Mereka sedang praktis bawa basikal untuk satu telemovie ” kerusikecil” yang tengah menjalani pengambaran di gong badak terengganu.

Telemovie ini adalah gandingan bersama Zizan Razak dan Bella. Gadingan pertama ini mungkin membawa aura yang luar biasa kan, tak sabar nak tunggu mereka berlakon bersama.

Zizan mempunyai karakter kelakar dan sempoi yang semestinya akan menghiburkan satu satu drama atau filem di bawah lakonannya, manakala Bella seorang wanita berperibadi lembut, agak agak macam mana gabungan mereka berdua ye?

Beberapa lagi pelakon hebat dalam telemovie “kerusikecil” bell ngasri juga turut berlakon.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Ig Zizan Razak/ Informasiviral

Be the first to comment

Leave a Reply