
TIADA angin tiada ribut, rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim didakwa dilanda badai apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai.
Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar Mei lalu.
Jadual kes tuntutan cerai Khalizah terhadap Fikry berlangsung pada pagi Khamis.
Menerusi jadual kes yang dipaparkan di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mendapati perbicaraan pertama mereka sepatutnya berlangsung pada Khamis.
Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan memakai pakaian serba hitam dan pelitup muka sambil diiringi peguam syarie lantikannya.
Bagaimanapun, sehingga kini kelibat Fikry tidak kelihatan di mahkamah.
Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Pasangan ini mengambil pendekatan menjaga privasi sejak awal perhubungan.
Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: mstar
Leave a Reply