7 Percalonan ABPBH Untuk Mira Filzah, Peminat Kecewa Ayda Jebat Tak Tercalon

Bahang Anugerah ABPBH kian terasa debarannya apabila senarai 5 pencalonan terbaik setiap kategori yang dicalonkan telah diumumkan kepada orang ramai.

Antara yang mencuri tumpuan adalah pelakon dan pengacara popular Mira Filzah yang merupakan artis yang paling banyak tercalon pada anugerah kali ini.

Mira Filzah yang merupakan artis kesayangan ramai ini mendapat 7 pencalonan menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan.

Bergandingan bersama pelakon lelaki kegemaran ramai ini iaitu Remy Ishak ternyata menaikkan lagi populariti Mira Filzah.

Ternyata gandingan mereka dalam kedua-dua cerita itu menjadi dan peminat masih mengharapkan mereka kembali digandingkan bersama menerusi drama selepas ini.

Sementara itu, nama Mira Filzah juga sedang meniti dibibir peminat drama tempatan apabila drama yang sedang ditayangkan di slot Astro mendapat sambutan hangat.

Menerusi gandingan Mira Filzah dan Ben Amir yang dikatakan fenomena drama tempatan, drama Sweet Dream turut mendapat sambutan hangat.

Selain Mira Filzah, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan adalah Siti Nordiana.

Siti Nordiana juga mendapat banyak pencalonan pada anugerah kali ini. Beliau dicalonkan dalam 5 kategori pada kali ini.

Namun, ada peminat yang mempersoalkan mengapa artis kesayangan ramai Ayda Jebat tidak tercalon untuk anugerah pada kali ini.

Rata-rata peminat artis comel berbakat besar ini kecewa kerana artis kesayangan mereka tidak tercalon.

Peminat Ayda Jebat meluahkan perasaan kecewa mereka kerana sebelum ini Ayda Jebat tidak pernah ketinggalan dalam pencalonan bagi anugerah ini setiap tahun.

Ini merupakan antara senarai kategori pencalonan ABPBH Ke-32 pada kali ini yang membariskan pelakon-pelakon popular ketika ini.

Kategori Utama Senarai Top 5 ABPBH Ke 32

Artis Baharu Lelaki Popular:

  • Afieq Shazwan
  • Adam Lee
  • Iswan Ismail
  • Raja Atiq
  • Ryan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:

  • Aina Abdul
  • Amelia Henderson
  • Haneesya Hanee
  • Masya Masyitah
  • Sarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:

  • Fattah Amin
  • Remy Ishak
  • Syafiq Kyle
  • Zizan Razak
  • Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular:

  • Delimawati
  • Erra Fazira
  • Hannah Delisha
  • Mira Filzah
  • Uqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:

  • Fattah Amin
  • Fendy Bakry
  • Izzue Islam
  • Remy Ishak
  • Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:

  • Azar Azmi
  • Janna Nick
  • Mira Filzah
  • Siti Nordiana
  • Zahirah Macwilson

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:

  • Faizal Tahir
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Sufian Suhaimi
  • Syafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular DuitNow:

  • Aishah
  • Ara Johari
  • Siti Nordiana
  • Stacy
  • Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:

  • Alif Satar & Siti Nordiana
  • Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
  • Floor 88 & Baby Shima
  • Insomniacks
  • Khai Bahar & Fatin Husna

Artis Komedi Popular:

  • Jihan Muse
  • Jep
  • Mark Adam
  • Sherry Alhadad
  • Zizan Razak

Artis Versatil Popular:

  • Alif Satar
  • Janna Nick
  • Mira Filzah
  • Siti Nordiana
  • Zizan Razak

Pengacara TV Popular:

  • Alif Satar
  • Alvin Chong
  • Janna Nick
  • Mira Filzah
  • Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular:

  • DJ Lin
  • Haziq
  • Johan
  • Muaz
  • Radin

Artis Indonesia Popular:

  • Afgan
  • Bunga Citra Lestari
  • Cakra Khan
  • Judika
  • Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:

  • Blackpink
  • BTS
  • EXO
  • G Dragon
  • GOT7

KATEGORI ONLINE

Artis Sensasi Popular:

  • Bella Dally
  • Elfira Loy
  • Haqiem Rusli
  • Nazim Othman
  • Zul Ariffin

Gandingan Serasi Drama Popular:

  • Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)
  • Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)
  • Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)
  • Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
  • Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Tak Ada Cinta Sepertimu)

Gandingan Serasi Filem Popular:

  • Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)
  • Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)
  • Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)
  • Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)
  • Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Pelakon Watak Antagonis Popular:

  • Azar Azmi
  • Azhan Rani
  • Reen Rahim
  • Shukri Yahaya
  • Syazwan Zulkifli

Lagu Paling Boom:

  • Andi Bernadee (Satu Peluang)
  • Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)
  • Sufian Suhaimi (Di Matamu)
  • Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)
  • Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: yoynetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.