
Kewujudan suami atau isteri yang berkira bukanlah satu perkara pelik untuk zaman ini.
Malah, ada saja yang sanggup melaburkan duit dengan banyak untuk hobi mereka, tetapi kedekut dalam soal memberi nafkah kepada isteri.
Seperti dilalui wanita ini, dia berasa amat terkilan apabila suami mula mempertikaikannya ketika dia meminta wang belanja.
Perkara itu diluahkannya menerusi TikTok sambil menangis akibat gagal mengawal emosi.
Dedah wanita itu, suaminya terkejut apabila melihat beras terlalu cepat habis, justeru menasihatinya untuk tidak menambah nasi sewaktu makan.
Padahal, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak makan nasi dalam kuantiti yang banyak dan kadangkala memakan sisa makanan anaknya saja.
@kartikasaripelawii Huhu sedih 😭#fyp #suamiistri #viral
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat luahan video wanita terbabit, malah ada yang memahaminya kerana turut mempunyai suami berkira.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
SUMBER:cari
Leave a Reply