“Bercahaya Wajah Suami Isteri” – Berusia 53 tahun, Ella Kongsi Foto Di Tanah Suci Mekah Buat Ramai Terharu

 

Ratu rock , Ella Aminuddin baru-baru ini ada memaklumkan buat peminatnya yang dia kini sedang menyambut bulan ramadan di tanah suci Mekah yang lalu.

Nor Zila binti Haji Aminuddin (lebih dikenali sebagai Ella, dilahirkan pada 31 Julai 1966) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan model yang terkenal di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia. Beliau kini telah bertudung dan tampil segar walaupun sudah berusia 53tahun.

Di saat ramai rakan artis yang kini mengerjakan ibadah Haji, peminat mula mengimbau semula foto saat penyanyi kesayangan ramai ini mengerjakan umrah pada bulan puasa. 

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin pernah berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di tanah suci Mekah bersama keluarga tercinta sebelum ini.

Di samping itu, peminat turut meluahkan rasa terharu apabila melihat perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu rock itu.

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini memilih tarikh 7 Julai 2012 sebagai tarikh mereka bernikah. Peminat mengimbau kembali saat Ella yang ditemui usai majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman abangnya di Telok Gadong, Klang, dia kini telah memperkenalkan suaminya kepada umum. “Inilah suami saya dan saya kini isteri dia,” ujar Ella malu-malu. .

Kami mendoakan semoga semua urusan Ella dan keluarga dipermudahkan.

Sumber : Mediahiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.