Hajah Nelofa Selamat Pulang Ke Tanah Air, Neelofa Maklum Status Kesihatan

Hos dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Nor terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama seminggu di sebuah hospital akibat jangkitan Influenza A.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya, admin ada memaklumkan pengacara MeleTop itu telah dijangkiti virus berkenaan ketika dalam perjalanan ke Arab Saudi.

“Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.

“Saya juga terpaksa menolak dengan baik untuk menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang ingin melawat kerana ia berjangkit,” jelasnya.

Terdahulu, Neelofa menyedari dirinya kurang sihat sejurus tiba di Malaysia lantas ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Bagaimanapun, Lofa mengharapkan agar kesihatan dirinya kembali baik dan mampu untuk kembali bekerja.

“Harapnya kesihatan saya berada dalam keadaan yang baik dan boleh kembali bekerja. Pohon doa agar cepat sembuh,” pinta Lofa.

Baru pulang Haji

Tambahnya lagi, dia mula menyedari dirinya kurang sihat sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.

Setibanya di Kuala Lumpur, Neelofa bergegas ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati dirinya sudah dijangkiiti.

Dalam keadaan kurang sihat, beliau tetap memberi inspirasi buat peminat di luar sana melalui lama  media.

Dalam pada itu Neeloga turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Semoga saya kembali sihat dan boleh kembali bekerja seperti biasa,” katanya.

Foto: Facebook, Instagram Neelofa via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.