Pihak Astro Sanggup Datang Hingga Ke Singapura Semata-Mata Berjumpa Penyanyi 90an, Wann. Ini Sebabnya

Penyanyi popular era 90-an, Wann mendedahkan Astro melamar dirinya untuk menjadi sebahagian daripada peserta program nyanyian Gegar Vaganza (GV) musim keenam pada musim ini.

Wann atau nama sebenarnya, Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 49, berkata, dia pernah menerima tawaran yang sama untuk tiga musim yang lalu, namun terpaksa menolak tawaran tersebut kerana belum bersedia.

Menurutnya, dia secara peribadi berminat untuk menjadi peserta program berkenaan tetapi perlu memikirkan pelbagai faktor sebelum bersetuju dengan tawaran tersebut.

” Saya berbesar hati, pihak Astro sanggup datang sehingga ke Singapura semata-mata untuk menjemput saya menjadi sebahagian daripada program pertandingan nyanyian GV.

” Saya berminat, tetapi gusar mengenai cabaran sepanjang pertandingan tersebut terutama melibatkan genre lagu,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai khabar angin penglibatan dirinya dalam program GV pada musim ini, pelantun Bossanova itu terus berteka-teki.

” Saya tidak mahu memberikan sebarang pengesahan. Doakan saya,” katanya.

Dalam pada itu bercerita lebih lanjut perkembangan seninya, kerinduan untuk bertemu peminat antara sebab penyanyi, Wann, bakal menjayakan sebuah persembahan makan malam pada September depan.

Menurut Wann atau nama lengkapnya Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 49, persembahan itu juga ibarat serampang dua mata apabila dia turut mengintai peluang merakamkan lagu baharu.

“ Persembahan makan malam ini juga adalah sempena meraikan 25 tahun pembabitan saya dalam bidang seni. Lagipun, sudah lama saya tidak bertemu peminat. Jadi, pada acara itu nanti, selain menghiburkan mereka, ia juga bakal menjadi tempat kami beramah mesra.

“ Manalah tahu, dengan adanya persembahan sedemikian, ada pihak yang berminat untuk menerbitkan single baharu saya.

“ Saya pula bukan bermaksud hendak membuat kemunculan semula, tetapi ia lebih kepada kerinduan untuk memiliki lagu baharu,” katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai konsep lagu ingin dirakamkan, penyanyi yang mula dikenali menerusi Lamunan Hati ini berkata. dia sangat menggemari muzik dari Amerika Selatan.

“ Kalau boleh, biarlah muziknya seperti bossanova, cha-cha ataupun salsa kerana ia mempunyai elemen s3ksi. Melodinya pula kenalah romantik dan memiliki unsur kemelayuan,” ujarnya yang kini menetap di Singapura.

Kali terakhir ibu kepada sepasang cahaya mata ini merakamkan single sekitar sembilan tahun lalu menerusi lagu Seribu Jelingan, yang menyaksikannya berduet dengan kumpulan 6ixth Sense.

Persembahan istimewa itu bakal diadakan pada 7 September depan bertempat di Hotel The Pearl, di sini.

Pas masuk berharga RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun boleh didapati dengan menghubungi talian 011-36065747 (menerusi aplikasi WhatsApp).

Sumber: kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.