Sehari selepas ditabal YDP Agong, Tuanku dan keluarga selesa makan sederhana di kafetaria sahaja.

SHAH ALAM – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menikm4t1 santapan tengah hari dengan cara yang cukup santai.

Mana tidaknya baginda berdua bersama dua orang anakandanya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan, hanya menikm4t1 hidangan sederhana di kafetaria Istana Negara sehari selepas istiadat pertabalan.

Instagram Istana Negara sebelum itu berkongsi gambar Agong dan keluarga baginda menikm4t1 santapan tengah hari.

Setakat ini, sebanyak 12,355 orang memberi tanda ‘love’ sebagai lambang suka kepada perkongsian gambar berkenan.

“Makan dekat kafetaria ja,” demikian komentar Syed Syafiq di Instagram rasmi Istana Negara.

Dalam pada itu menurut leyna.bantal_hezelina dia suka melihat YDPA dan Permaisuri Agong.

“Sangat merendah diri dan berjiwa rakyat,” katanya.

Sementara menurut Achid_69, sikap sebegini menonjolkan baginda sebagai raja berjiwa rakyat.

“Contoh yang sangat baik,” katanya.

Menurut nadzley_amn pula dia mendoakan kebaikan buat baginda sekeluarga.

“Daulat Tuanku semoga Tuanku berdua terus beristiqamah sepanjang masa dan diberikan rahmat dan kebijaksanaan oleh ALLAH untuk memayungi pemerintahan negara…dirgahayu Tuanku,” katanya.

Sering disajikan pelbagai juadah di restoran dan hotel terkemuka, ramai pasti tertanya-tertanya apakah menu santapan harian Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sering nikm4t1.

Jawapan itu ada pada tukang masak Istana Abdulaziz, Hasnah Koming, 65, yang berkongsi dengan BERNAMA bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah peminat juadah masakan Melayu serta gemar bersantap masakan yang disediakan di istana.

Hasnah turut mengakui Seri Paduka berdua tidak cerewet dalam juadah santapan harian, dan antara lauk yang biasa dihidangkan ialah Opor Pahang.

Opor, sama ada menggunakan bahan utama ayam, daging atau burung adalah juadah kegemaran Al-Sultan Abdullah selain ikan patin masak tempoyak, kari ikan dan ikan masak taucu.

“Tunku Azizah pula gemar bersantap masak kicap, asam pedas atau stew daging. Untuk sayur, kegemaran baginda berdua adalah petola tumis air, sayur campur goreng, sawi masak sos tiram dan kobis masak lemak.

“Ramai yang sukar untuk percaya bila saya katakan juadah kegemaran Tuanku adalah lauk-pauk ringkas… mereka beranggapan menu di sini (Istana Abdulaziz) istimewa setiap hari,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Hasnah secara berseloroh mengakui beliau tidak pandai memasak juadah yang rumit kerana kemahiran yang ada padanya hanya diperoleh secara ‘tidak rasmi’ selepas diterima masuk bekerja pada 1980 di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang, sebagai pembantu dapur.

Katanya, dari situ beliau mula mempelajari selok-belok memasak daripada tukang masak sebelumnya dan kini ‘tradisi’ itu diturunkan pula kepada pembantu dapur yang lebih muda.

Menariknya, kerana sudah terlalu lama memasak, Hasnah yang digelar ‘Mak’ dalam kalangan kakitangan istana yang bersara pada 2015, dititahkan untuk kembali bekerja kerana air tangannya sudah serasi dengan selera Seri Paduka.

“Jika memasak untuk Al-Sultan Abdullah, kepedasannya di tahap sederhana berbanding Tunku Azizah yang memang kuat pedas. Jadi, kita kena tahu bagaimana untuk menyeimbangkan rasa pedas supaya Tuanku berdua boleh bersantap hidangan yang sama,” katanya.

Hasnah yang mengakui kehebatan Tunku Azizah di dapur berkata, baginda juga tidak pernah murka jika masakan hari itu ‘tidak menjadi’, sebaliknya akan menegur dengan lembut supaya kesilapan itu tidak berulang.

Katanya, Tunku Azizah banyak menurunkan ilmu mengenai masakan Johor kepadanya selain tangkas di dapur termasuk ketika menyediakan hidangan dalam kuantiti yang besar untuk majlis di istana.

Beliau turut berkongsi cerita Al-Sultan Abdullah amat menggemari ‘juadah rumah’ sehingga Seri Paduka lazimnya akan bersantap sebelum berangkat ke sesuatu majlis atau jika kesuntukan waktu, akan menjamah hidangan selepas pulang ke istana.

“Baginda juga tidak suka membazir. Jika pada sebelah malam, saya memasak kari, kuahnya akan dipanaskan pada keesokan hari untuk Tuanku bersantap dengan roti canai atau capati,” katanya.

Hasnah berkata, lazimnya dapur istana mula beroperasi bagi santapan tengah hari kerana sarapan baginda sama ada nasi lemak, roti canai atau capati dibeli manakala kuih seperti karipap, jemput-jemput pisang dan kuih talam dijadikan pilihan minum petang.

Bercakap mengenai keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, Hasnah menyifatkan Seri Paduka berdua amat prihatin dengan kebajikan pekerja termasuk menitahkan hidangan tengah hari disediakan di dapur istana, walaupun ketika ketiadaan baginda berdua.

“Tuanku juga sangat menghorm4t1 tetamu. Tunku Azizah misalnya berkali-kali berpesan supaya semua tetamu dijaga makan minumnya. Jika kedatangannya secara mengejut, apa yang ada perlu disajikan.

“Paling tidak, tetamu Istana Abdulaziz perlu dihidangkan air… baginda bertitah siapa sahaja yang datang adalah tetamu baginda jadi kita yang kerja di sini perlu tahu apa yang hendak dilakukan,” katanya.

Berkongsi cerita, Hasnah berkata, Al-Sultan Abdullah lazimnya akan membawa ‘bekal’ jika ke luar negara terdiri daripada sambal bilis kacang dan rendang dendeng manakala Tunku Azizah gemar membawa acar buah.

Beliau berkata, sambal belacan resepi Tunku Azizah sering dijadikan buah tangan kepada rakan terdekat dan pembesar sama ada di dalam atau luar negara.

“Mereka yang sudah tahu mengenai sambal belacan ini pasti akan mencarinya jika datang ke Istana Abdulaziz. Biasanya kami pastikan stoknya sentiasa ada di peti ais, di simpan dalam balang-balang kecil.

“Di sini, kami gelarkan sambal belacan itu sebagai sambal belacan dunia kerana sudah ‘berjalan’ ke pelbagai tempat. Malah, ada masanya rakan-rakan Tunku Azizah akan bertanya jika stok mereka habis,” katanya

Istana Negara semalam menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila Sultan Abdullah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi ini sebaik Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.

Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkenaan 6 Januari lalu.

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari.

Sumber dari Sinar Harian via y15zr.org

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.