“Gais biawak gais!” – Netizen Berdekah Gelak Lihat Gelagat Staf J&T Express Pontian Bertaburan Lari Dikejar Biawak!

Viral di media sosial baru-baru ni, kononnya ada berlaku kekecohan di J&T Express Pontian gara-gara diserang oleh seekor haiwan yang tak diduga.

Menerusi perkongsian di Twitter, haiwan tersebut merupakan seekor biawak yang tiba-tiba datang menceroboh premis J&T Express tersebut ketika staf di situ sedang bekerja. Habis teraburlah semua staff lari! 

 

Pakcik baju merah punca biawak lari! 

Kalau korang tengok video di atas daripada awal, punca biawak tersebut meluru masuk ke drop point J&T Express tersebut ialah gara-gara ia dikejar oleh seorang lelaki berbaju merah.

Motif adegan kejar mengejar tu katanya masih tak diketahui. Tapi staf yang bekerja di situ sempatlah rakam gambar ‘suspek’ tersebut dari CCTV. Disebabkan kekecohan tersebut, tak pasal-pasal staf situ keluar delivery lambat.

 

Adoi kesiannya. Yang tak tahan min tengok sorang-sorang melompat lari tu! Ahaha! 

“HAHAHAHA MUDAHNYA AKU TERHIBURRR” 

Rata-rata netizen yang tengok video ni memang ketawa habis lah sebab tak tahan tengok reaksi staf kat situ yang melompat-lompat dikejar biawak.

Yelah min faham sangat perasaan dorang, siapa je yang tak geli kan bila biawak sebesar kucing datang berlari macam tu. Nasib tak terpijak barang delivery! 

Sumber: Twitter

 

“Alooo sian biawak kena kejo dengan manusia ye” 

Sumber: Twitter

Terima kasih kerana menceriakan pagi kami dengan video lawak ni!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Kredit: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply