“Jarang Sangat Siti Nurhaliza Ni Flex Kekayaan Dia. Tapi Sekali Dia Flex…,” – Pakai Jam Tangan Mewah, Fans Kata Dah Boleh Beli Sebiji Rumah! 

Tiada angin tiada ribut, tular pula di media sosial apabila foto penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa sedang posing sambil menggayakan seutas jam tangan jenama mewah yang dipakainya.

Mencuri tumpuan, pengguna Twitter yang menggunakan akaun @JatIkhwan ada berkongsi perihal jam tangan dikenakan Tok Ti.

Menerusi perkongsian berkenaan, individu tersebut hanya berkongsi serta memaklumkan jam yang dipakai penyanyi lagu Anta Permana itu bukan biasa-biasa, sebaliknya ia jam yang dipenuhi dengan perincian berlian.

Malah, harganya juga didakwa cecah ratusan ribu Dollar US!

“Jarang sangat lah Siti Nurhaliza ni flex kekayaan dia tapi sekali dia flex…tercampak stroller ribu riban ke, beg puluh puluh ribu ke.

“Tu kat tangan dia tak silapnya Richard Mille RM07. Ada diamonds. Harga lebih kurang USD 100-150k. Convert lah sendiri ke RM ye?,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, netizen telah meninggalkan reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian tersebut.

Nyatanya, sejak dahulu lagi bintang nan satu ini sangat jarang untuk mendedahkan mengenai perincian mewah yang dikenakannya. Respek!

Foto : Twitter Ikhwan

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.