“Who’s Getting Married?” – Aksi Raja Permaisuri Agong Baling Jambangan Reben Buat Netizen Terhibur

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi mencuit hati netizen dengan keletah yang bersahaja. 

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sebuah video menunjukkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong ketika merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al Sultan Abdullah.

Menerusi video yang dimuat naik pada Khamis, sejurus selepas acara memotong reben simbolik perasmian, Raja Permaisuri Agong membaling jambangan reben tersebut ke belakang seperti mana pengantin mencampakkan bunga tangan pada tetamu.

Menurut pengguna yang berkongsi momen itu di Twitter, difahamkan Raja Permaisuri Agong membaling jambangan reben lalu berkata, “who’s getting married?”.

Video berdurasi 20 saat itu mengundang reaksi positif netizen apabila ramai yang terhibur dengan aksi spontan Raja Permaisuri Agong.

“Siapa dapat tangkap, dapat kahwin dengan anak Tunku Azizah!” komen seorang netizen berseloroh.

“Tak payah ada next Agong lah. Kekal ni jer sampai bila-bila,” ujar seorang netizen.

“I’ve seen a few videos of her and I really think Raja Permaisuri Agong sentiasa keep it real,” puji seorang netizen.
 

“Kalau aku la duduk belakang tu, mesti aku tekejut. Confirm aku berlari nak sambut. Hahaha,” komen seorang netizen lagi. 

Video itu sehingga kini telah menerima sebanyak 295,000 tontonan, hampir 20,000 ulang kicau dan lebih 11,000 likes.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong mencuri tumpuan netizen dengan momen-momen comel antaranya berpegangan tangan bersama Yang di-Pertuan Agong.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.