‘Dia Hantar Saya Ke Airport Pagi Tadi’ – Luahan Sayu Nora Kehilangan Alif Johan

Anak kedua kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin iaitu Alif Johan telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya. Nora menerusi laporan Metro meluahkan rasa sedih sukar untuk menerima ketentuan ini. Seakan tidak percaya, pemergian Alif Johan seawal usia 20 tahun ini seperti Allahyarham suaminya iaitu Johan Nawawi.

Tidak bergerak selepas r3bah

Nora Ariffin menyifatkan kem4tian anak lelakinya itu sama seperti Allahyarham suaminya dan tidak pernah terfikir Alif Johan mengalami mas4lah jantung.

Dia tidak ada sebarang peny4kit dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda ada peny4kit. Ketika menghantar saya ke lapangan terbang awal pagi tadi untuk ke Singapura, dia baik-baik saja.

Saya memang terkejut apabila pembantu rumah menghubungi dan beritahu badannya sudah tidak bergerak selepas rebah.

B3dah si4sat akan dilakukan

Bagaimanapun, punca kem4tian Allahyarham Alif Johan masih belum diketahui. Bedah si4sat akan dijalankan untuk memperolehi kepastian punca tersebut.

Saya masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai punca sebenar dan b3dah si4sat akan dilakukan untuk mendapatkan jawapan. Disebabkan doktor terbabit tidak ada hari ini, b3dah si4sat akan dilakukan esok pagi.

Selepas itu jen4zah akan dibawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tempat yang sama dengan kubvr arw4h bapanya.

Ingin teruskan minat dalam muzik

Menurut penyanyi ini lagi, anaknya itu tidak pernah menunjukkan sebarang perangai pelik atau petanda sebelum ini. Semalam dia sempat menyanyi bersama adik-adiknya di dalam bilik.

Dia masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kampus Puncak Perdana dan tinggal di asrama tetapi sering pulang ke rumah membantu saya. Kadang-kadang dia masak untuk kami semua. Apabila dia tidak dapat pulang saya akan hubunginya bertanya khabar dan tidak sangka kali ini dia tidak pulang selamanya.

Dia sering beritahu habis belajar ingin cari kerja untuk bantu saya serta mahu menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dan meneruskan minat arw4h bapanya dalam bidang muzik.

Akan dikebumikan bersama ayahnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Sumber: Metro, ClashofTalents2 via Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply