“”Kalau Betul Nak Melamar..” – Syifa Melvin Terharu Kekasih Pemain Bola Buat Kejutan! Siap Jemput Haqiem Rusli Dan Luqman Faiz

PELAKON Syifa Melvin mendedahkan ada merancang untuk ke fasa yang lebih serius dalam hubungan cinta dengan teman lelakinya yang merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaan.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, berkata, dia bagaimanapun tidak dapat memberi pengesahan mengenai butiran lanjut berhubung perkara itu selain mengharapkan untuk suatu pengakhiran yang baik.

“Ya, perancangan itu ada cuma belum sampai masanya untuk saya beritahu… InsyaAllah kalau jodoh dah sampai esok pun boleh kahwin.

“Bila kita dalam satu-satu hubungan tu semestinya kita mengharapkan pengakhiran yang baik dan halal.

Kekasih Syifa membuat kejutan pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Isnin.

“Kita merancang tapi Allah yang menentukan… kalau ada jodoh tak kemana. Ia cepat atau lambat saja,” kata Syifa ketika dihubungi mStar.

Jelas adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini lagi, dia secara terbuka akan berkongsi mengenai berita baik itu apabila masanya sesuai.

Malah, Syifa ada memberitahu hasratnya untuk mengadakan majlis mengikut adat Melayu.

“Kalau betul nak melamar, kita akan buat cara melayu.

“Taknaklah ikut cara barat bagi cincin macam tu semua,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 baru-baru ini, pelakon drama #SisCuba ini berkata, dia tidak menyangka kekasih hatinya itu ada merancang kejutan buat dirinya.

 

Kalau betul nak melamar, kita akan buat cara melayu. Taknaklah ikut cara barat bagi cincin macam tu semua.

SYIFA MELVIN

PELAKON

 

Menurut Syifa, dia turut berasa terharu apabila kekasihnya itu turut menjemput penyanyi Luqman Faiz dan Haqiem Rusli sebagai tetamu undangan yang menyanyikan lagu untuknya.

“Kejutan itu sebenarnya teman lelaki yang rancang dan kawan-kawan pun membantu sebab mereka nak saya gembira. Hari dia buat surprise tu memang seharian saya sangat busy. Dari pagi ada sh00ting kemudian uruskan bisnes dan malam tu saya kelam-kabut siap untuk keluar makan.

“Kami plan untuk keluar makan saja tiba-tiba dia ajak pergi karaoke. Buka saja pintu saya terkejut ramai kawan-kawan dekat situ. Yang lebih special bila Luqman Faiz dan Haqiem Rusli ada sekali untuk nyanyian favourite song saya. Bukan apa takut kalau dia yang nyanyi nanti saya menangis pula.

“Sejujurnya saya terharu dengan kejutan itu sebab saya sebelum ni tak pernah pun sambut hari jadi yang special macam ni. Saya boleh katakan sambutan ulang tahun ke-26 ini sesuatu yang berbeza dan akan diingati sampai bila-bila. Mereka buat saya rasa lebih dihargai,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.