Connect with us

Hiburan

Baru nak belajar berniaga, produk ‘Zikir Pillow’ Sufian Suhaimi dapat kriitikan

Published

on

Ramai selebriti kini sudah menceburi bidang perniagaan kerana bergelar artis popular bukannya satu tiket yang mereka akan terus hidup senang di masa hadapan.

Tidak ketinggalan, penyanyi Sufian Suhaimi juga turut menceburi bidang tersebut.

Jika artis lain selesa menjual produk makanan, pakaian sebagai sumber pendapatan sampingan,Sufian pula memilih mengeluarkan produk lain dari yang lain iaitu bantal.

Bukan sekadar bantal biasa, produk penyanyi itu dihasilkan dengan lampu serta beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi dikenali sebagai ‘Zikir Pillow’.

Tidak dinafikan, idea Sufian itu agak kreatif dan juga unik.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen melabelkan penyanyi itu sebagai penunggang agama, kerana menggunakan zikir semata-mata ingin melariskan produk keluarannya.

Tetapi ada juga netizen yang berfikiran positif dan mengatakan bantal itu sangat berguna, boleh menenangkan jiwa sebelum tidur dan sangat sesuai untuk bayi.

Kita fikir yang baik-baik sahaja, sekurang-kurangya idea di luar kotak Sufian ini dapat lagi mengisi jiwa, rohani kita dengan aura dan pengisian yang baik-baik.

Ye tak? 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:myartis/dahtauker

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending