Connect with us

Hiburan

“Dia memang jodoh saya… inilah cinta sejati!” – Baru 2 bulan Kenal, Tasha Shilla Sah Bergelar Tunang Orang,

Published

on

SELEPAS dua bulan berkenalan, akhirnya pelakon Tasha Shilla dan pasangan Muhammad Atiq Idris mengikat tali pertunangan pada Ahad.

Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu.

Tasha Shilla akhirnya bergelar tunangan orang.

“Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang… inilah cinta sejati!

“Bakal suami pun nak cepat halalkan hubungan, InsyaAllah majlis pernikahan akan diadakan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan media di Aireka Space, Damansara, Selangor pada Ahad.

Sebagai tanda ikatan, ibu kepada Atiq iaitu Rahimah Yeop menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis pelakon filem Ratu The Movie ini.

Tasha dan bakal suami mula berkenalan di sebuah program amal. Foto: IG @tashashilla

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung penuh meriah itu, Tasha turut mendedahkan wajah bakal suaminya itu yang berkerja dalam bidang kewangan di Singapura.

Sementara itu, Atiq, 33 berkata dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai isteri kerana terpesona dengan sikap penyayang wanita itu.

Tambah Atiq, pertemuan awal di sebuah program amal membuka matanya untuk mengenali Tasha dengan lebih rapat lagi.

“Saya kenal dia ketika sertai program amal di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

InsyaAllah majlis pernikahan akan diadakan dalam masa terdekat

TASHA SHILLA

PELAKON

“Meskipun luaran Tasha nampak garang tapi dia baik dan lemah lembut.

“Dia juga mementingkan keluarga, suka kanak-kanak dan paling penting menjaga solat,” ujarnya.

Ditanya mengenai tarikh mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga, Atiq berkata ia akan diadakan dalam masa terdekat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending