(GAMBAR) Siapa Sangka Anak Abby Dan Norman Ni Lahir Dalam Kereta Disambut Sendiri Oleh Norman.. Dah Besar Sekarang Memang Cantik..

Kisahnya 12 Tahun Yang Lepas.. Pelakon popular Abby Abadi bersalin di dalam kereta, sementara suaminya, pelakon terkenal Norman Hakim menjadi `doktor’ menyambut bayi itu.. Ia mungkin seperti babak dalam drama yang dilakoni mereka. Namun situasi itu bukan dalam drama, tetapi benar-benar berlaku kepada pasangan suami isteri itu pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.55 pagi apabila Abby atau nama penuhnya, Arbaieyah Abdul Manan, 27, yang sarat mengandung tidak sempat tiba di Klinik Bersalin Kohilal di Taman Melawati di sini untuk bersalin.

Kelahiran bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu disambut oleh Norman di dalam keretanya di tepi jalan, 500 meter dari rumah mereka di Ukays Perdana di sini. Bayi yang dinamakan Marissa Dania Hakim itu adalah anak kedua pasangan terbabit.

Norman atau nama betulnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 29, menjadi doktor isterinya sehingga bayi itu selamat dilahirkan sebelum mereka meneruskan semula perjalanan ke klinik terbabit. Norman yang ditemui Mingguan Malaysia di Klinik Bersalin Kohilal memberitahu, beliau menyangka Abby hanya mengalami sakit perut seperti kebiasaan wanita sarat mengandung memandangkan isterinya itu dijangka bersalin pada 17 Julai.

“Saya tidak menyangka apabila keluar dari rumah dalam jarak 500 meter tiba-tiba Abby menjerit, “kepala bayi dah keluar. Dengan tidak berlengah saya berhenti ke tepi jalan dan terus menurunkan tempat duduk Abby lalu menyambut bayi dengan keadaan yang tenang..”

“Apabila mendengar bayi itu menangis, perasaan saya sungguh lega dan membalikkan bayi tersebut sebelum saya azan dan iqamah,” katanya. Beliau berkata, selepas itu beliau menghubungi doktor untuk mengetahui cara memotong tali pusat.

Bagaimanapun doktor berkenaan menyarankan beliau supaya membawa terus bayi baru mereka ke klinik. Sewaktu dalam perjalanan kedua-dua pasangan itu begitu gembira dan masih boleh ketawa dengan kejadian yang tidak mungkin dilupakan itu malah berhenti dua kali di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan menggunakan kamera telefon bimbit.

Tambahnya, mereka tiba di klinik bersalin itu pada pukul 11.10 pagi dan seorang doktor serta tiga pembantunya telah menunggu kedatangan mereka dengan peralatan yang lengkap di pintu belakang klinik berkenaan. “Sampai sahaja di pintu belakang klinik, doktor berkenaan terus ke arah isteri saya di dalam kereta dan memotong tali pusat anak saya.”

“Doktor memberitahu bahawa saya telah melakukan tugas dengan baik iaitu menyambut kelahiran bayi berkenaan,” ujar Norman. Menceritakan bagaimana dia dapat menghadapi situasi berkenaan, Norman memberitahu, petua yang paling baik ialah tidak mudah gelabah.

Malah katanya, dengan pengalamannya melihat kelahiran anak pertama sebelum ini selain menonton dokumentari mengenai kelahiran bayi menambah lagi pengetahuannya menghadapi kecemasan itu. Dalam pada itu, Norman memberitahu, beliau akan menjaga kereta Honda Stream di mana bayi itu dilahirkan.

Sementara itu, Abby berkata, pengalaman itu sangat manis dan tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya kerana ia jarang sekali berlaku. Menurutnya, beliau memuji tindakan suaminya yang tenang menghadapi situasi yang gelabah itu malah turut memberi semangat kepadanya.

“Sewaktu suami saya sambut kepala bayi itu, saya memberi kata semangat, `hidup Norman Hakim’ berkali-kali. Selepas semuanya berjaya, kami sangat gembira dan ketawa dengan aksi masing-masing menghadapi situasi yang begitu mencemaskan itu,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Sumber

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply