Hiburan
Mereka Sepatutnya Berkahwin Hari Ini. Ramai Sebak Dengan Luahan Terbaru Atikah Suhaime

Pasangan selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ahad meluahkan perasaan mereka di laman Instagram.
Atikah memberitahu majlis tersebut boleh menjadi perkahwinan yang indah dengan hiasan serta rekaan yang dipilih oleh perancang majlis, Little Rizqculla dan ibunya.
Bagaimanapun, Atikah menganggap dia boleh melihat suasana majlisnya hanya dalam mimpi dan kemudian bangun dalam keadaan bersedih.
” Ia sepatutnya boleh menjadi perkahwinan yang indah pada hari ini. Hiasan dan rekaan yang dipilih oleh @littlerizqculla dan mama saya.
” Tapi saya hanya boleh lihat ini dalam mimpi saya, berjalan sendirian ke pelamin putih dengan lampu dari pelamin 10 meter dan kemudian bangun dengan air mata,” katanya menerusi Instastory.
Atikah dan Awi mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan tiga hari sebelum majlis berlangsung iaitu pada hari ini.
Ini luahan terbaru Awi Rafael
Manakala menerusi Instagram Awi, dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menghadiahkan tempat untuk berehat dan mengenangkan fikirannya.
Menurut Awi, dia akan terus berusaha kuat untuk membanggakan ibunya dan mencuba lagi untuk membina keluarga di masa hadapan.
” Terima kasih Ibu, hadiahkan Awi tempat rehat untuk tenangkan fikiran. Tak sangka ibu dah simpan duit, khas untuk hadiah ini. Awak tahu saya sudah cuba yang terbaik ma.
” Awi akan usaha lagi kuat untuk tetap banggakan you. Doa dan restu ibnu nombor #1 untuk seorang anak lelaki.
” Insya-Allah kalau ada rezeki, Awi akan cuba lagi membina keluarga untuk masa depan Awi. Saya janji pada awak ma,” kata Awi.
Dalam pada itu, Awi dan Atikah turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan doa buat mereka berdua.
Kata Awi, mereka akan sentiasa positif dan cuba untuk teruskan hidup dengan pengajaran yang dapat sepanjang tahun lalu.
” Awi dan juga @therealatikahsuhaime mengucapkan terima kasih kepada semua kerana beri sokongan dan doa kepada kami berdua.
” Kami akan sentiasa positif dan cuba teruskan hidup, dengan pengajaran yang kami berdua telah miliki sepanjang tahun lalu. Tanggungjawab sekarang harus ke keluarga masing-masing.
“Insya-Allah semua akan faham. Buat yang terbaik ok Atikah. Kami cuba yang terbaik yang mampu. Allah lebih mengetahui. Amin,” ujarnya.
Sebelum ini, Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di kediaman wanita itu di Singapura.
Sumber : mstar via rimbabara
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
-
Hiburan6 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan10 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan10 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan10 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan10 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan10 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan9 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan10 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’