Connect with us

Hiburan

Sejak Kahwin Dengan Kerabat Diraja, Badan Nampak Kurus. Juliana Evans Dedah Ini Yang Berlaku Padanya

Published

on

Juliana Evans menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau kurus secara drastik kerana jelasnya masa beberapa tahun diambil untuk berjaya mencapai tahap berat badan sekarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Create the highest, grandest vision possible for your life, because you become what you BELIEVE ~ #travelrecommends #noclevage #noclevagenocomments #gotclevage100comments

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

“Kalau orang lain kurus, mungkin disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi saya kurus kerana terlalu bahagia.

“Syukur, hampir dua tahun bergelar isteri, saya kini makin selesa membuat kerja rumah seperti mengemas dan memasak untuk suami setiap hari,” kata pelakon Che Puan Juliana Evans, 29.

Juliana memberitahu beliau juga begitu menitik beratkan penjagaan kesihatan diri dengan amalan gaya hidup sihat, ketika ditemui selepas pratonton filem Bella & Jamie lakonannya,

“Walaupun suka memasak tetapi saya tetap utamakan menjaga kesihatan iaitu mengawal pemakanan harian termasuk sentiasa bersenam.

“Apatah lagi, memang saya nak kurus seperti sekarang dengan berat badan sekitar 47 atau 48 kilogram (kg) saja. Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Great experience at my very first Fashion Week in New York ? Thank you so much for having me @katespadeny ♠️ #LoveinSpades #nyfw2019 #julianaevansxkatespade

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

 

Juliana bernikah dengan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman, 31, pada April 2017 lalu.

Mengulas juga mengenai cahaya mata, pelakon filem Pulang ini berkata, beliau sedia bergelar ibu, namun masih belum dikurniakan rezeki oleh Allah SWT.

“Diharapkan semoga tahun ini, saya dan suami akan dikurniakan cahaya mata. Melihat ramai rakan lain sudah memiliki anak, kami juga teringin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thanks to New World Hotel for an amazing dinner and delicious birthday cake ? Swipe to see my Dad play his favourite instrument ~ the air guitar ?

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

“Apapun, anak adalah rezeki daripada Allah SWT. Saya dan suami hanya mampu menyimpan impian dan berdoa semoga kami dikurniakan zuriat apabila sampai masanya.

“Saya juga tidak akan berahsia sekiranya disahkan hamil suatu hari nanti. Cuma, sekarang kami belum ada rezeki dan tetap bersabar,” katanya.

Juliana atau nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans berkata dia lebih gemar memasak sendiri kerana suka belajar pelbagai resipi baru sejak bergelar isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LoVe of my life ?

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Semoga Juliana Evans sentiasa bahagia bersema keluarga tercinta..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mfadhly.net

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Trending