Tindakan Kanak-Kanak Ini Menyentuh Hati, Tak Mahu Laptop Tapi Minta Hadiah Bunga Untuk Memperingati Mangsa Di Christchurch

Sejak daripada peristiwa berdarah di Christchurch tempoh hari, admin dapat merasakan nilai serta aura positif kian berkembang di serata dunia. Pelbagai kisah yang baik-baik tersebar luas di media sosial membuatkan hati kita semua tersentuh akan apa yang berlaku.

Namun hari ni ada satu kisah yang menarik perhatian admin tentang ketulusan hati seorang kanak-kanak yang juga tersentuh dengan mangsa tembakan di Christchurch. 

Bapa nak surprise kan hadiah laptop, tapi anak… 

Menerusi posting netizen bernama Samuel Sen di Facebook, dia berkongsi kisah mengenai anaknya yang sangat menyentuh hati. Pada hari lahir ke-9 kanak-kanak bernama Darsh ni, si bapa bercadang nak surprise kan anaknya dengan membeli laptop. Tapi tak sangka, lain pula yang diminta anaknya…

“Selalunya saya tak buat apa-apa posting tapi hari ini saya terpaksa melakukannya. 

“Selamat Hari Lahir yang ke-9 Darsh!

“Saya nak surprise kan dia dengan hadiah yang dia nak pada hari lahirnya iaitu laptop tapi tak sangka dia pula yang kejutkan saya. Saya tanya dia hari ini semasa nak membeli hadiah tersebut. 

“Saya tanya, “Apa yang awak nak untuk hadiah hari lahir?” Dia jawab, “Bunga”. Saya terkejut dan keliru kenapa bunga.” 

Sumber: Facebook

“Sebab saya nak bawa bunga ke masjid” 

Terkejut dengan permintaan anaknya itu, Samuel bertanya kenapa anaknya nak hadiah bunga pulak. Hari tu kata nak hadiah laptop kan?

“Jadi saya tanya dia, “Kenapa bunga”. Dia menjawab, “Sebab saya nak bawa bunga ke masjid dan memberi penghormatan kepada mereka yang meninggal di Christchurch”. 

“Saya sangat terkejut dan tak percaya sampai tak tahu nak berkata apa-apa. Selepas terdiam beberapa ketika saya tanya dia, “Macam mana dengan laptop yang awak nak sekian lama tu?”

“Dia menjawab, “Dadda boleh dermakan duit kepada mereka yang memerlukan di Christchurch, mereka lebih memerlukan dan saya akan guna laptop dadda buat masa sekarang.” 

Sumber: Facebook

“Terbaik awak dik… baik hati!” 

Darsh dan bapanya telah menerima pelbagai komen positif daripada netizen seluruh dunia termasuklah dari Malaysia juga. Rata-rata sangat terharu dengan tindakan kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun ni. Dia jauh lebih matang daripada kebanyakan orang dewasa masa kini.

Sumber: Facebook via LobakMerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply