[VIDEO] “Kita Nakal Sama-sama, Kita Berubah Sama-sama..” – Zulin Aziz Bersyukur Dua Sahabatnya Berhijab

Baru-baru ini selebriti Zulin Aziz telah berkongsi tentang kisah penghijrahannya untuk berhijab di laman instagram miliknya. Menurut Zulin, beliau mula mendapat hidayah setelah  sering mengalami mimpi buruk dan berasa terganggu. Dengan sokongan bapanya, akhirnya Zulin membuat keputusan untuk berhijab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2015 Saya bangun dari tido sebab saya dgr org baca talkin kat telinga saya. Saya bangun2 nangis dan bukak almari nak buang semua baju2 saya yang seksi. Saya selalu fikir bukan2 sampai saya tak boleh nak buat kerja.Tido saya asyik terganggu dengan mimpi2 buruk. Saya berubat merata.sampailah saya jumpa ayah @hasbullahtaib .Ayah cuma cakap,kalau kita tak pakai hijab,mcmana kita nak dihijab dari perkara tak baik? Malam tu jugak saya pergi merata cari tudung.Saya pergi chowkit pukul 1 pagi ,ada satu kedai yg masih bukak.Saya beli sehelai tudung dengan niat esok saya nak pakai tudung. Tapi bila saya fikir2,rupanya Allah beri saya hidayah.Alhamdulillah saya sihat sampai sekarang.Iman saya turun naik.saya diuji mcm2 selama saya berhijab.Tapi Alhamdulillah saya dikelilingi org2 yg positive dan keluarga yg baik2,mereka sentiasa menasihati saya. Saya belajar mengaji,saya belajar semuanya perlahan2.Saya pedulikan apa org ckp pasal saya.Saya mmg xkan lari dari buat silap tp saya cuba perbaiki diri saya setiap kali saya buat silap.Saya cuba. Saya diuji mcm2 tapi saya hadapi dengan kesabaran.Dan setiap kali saya bersabar,Allah gantikan dengan perkara yg lebih baik. Setintong2nya saya,sekasar2nya saya ni,Hati ni hanya Allah yg tahu. Saya mohon doa dari semua semoga Dipermudahkan ibadah umrah saya dan @emeliehanif_official .Kami berangkat ke tanah suci pada isnin ni .Doakan selamat perjalanan pergi dan balik kami ya?. Saya juga mohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa,buat anda terasa hati,terambil,termakan,atau apa saja tanpa saya sedari. Saya juga berharap followers2 saya sentiasa menyokong saya,sekiranya saya lalai..nasihatkan saya tp saya mohon jangan aibkan saya.Anda boleh dm jika perlu. Terima kasih semua yg hari2 mendoakan yg baik2 untuk saya.walau kadang saya tak balas tapi saya baca dan anda buat saya bahagia dan tersnyum sbb buat saya sedar yg ramai sayangkan saya. Barakallah ?

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Namun, perkara yang lebih membuatkan Zulin terharu adalah apabila dua sahabat karibnya iaitu Emilia Hanif dan Leyla Krisya turut mengambil langkah mengikuti jejaknya untuk bertudung. Zulin turut melahirkan rasa syukur kerana dua sahabatnya mengambil keputusan sedemikian dan menjadi insanyang lebih baik.

Zulin turut memuat naik foto sahabatnya yang manis mengenakan tudung serta nasihat supaya sahabatnya berubah secara perlahan-lahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pagi2 leyla ajak shopping tudung.Tiba-tiba Menangis . Dia kata .. Zulin,aku mimpi aku mati malam td…aku mimpi aku mati dlm keadaan berhijab.Aku nak pakai tudung terus Allah..leyla,sejuk hati aku dengar pagi2 ni itu namanya kau dpt hidayah Mula2 saja je zulin suruh dia keluar dgn zulin pakai tudung Dia ckp nnt aku dh kawen aku akan pakai tudung.Zulin cuma senyum kat dia.nak pakai tudung ni kena ikhlas niat kerana Allah .semoga kau dapat hidayah satu hari nanti. Esoknya dia minta tudung lg.Harini aku nak pakai tudung lah zulin.Zulin katalah Alhamdulillah hari2 pun tak apa.Ambik jelah tudung apa ada tu.nampak manis je dia bertudung kan? Harini dia kata nak beli tudung and ambil keputusan nak terus berhijab.Alhamdulillah. Allahuakhbar.Leyla..zaman kita nakal sama2,bila tengok sorang2 berubah MashaAllah ..indahnya rasa. Pasti setiap dari kita akan diuji keimanannya.Setan bekerja 24jam setiap saat nak menyesatkan kita hinggalah kiamat.Apa yg buat iman kita kuat,kita jangan tinggal solat,insyaAllah kita sentiasa dalam lindungan Allah swt. Semoga istiqomah.? @leyla_krisya

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahuakhbar. Pagi tadi bila leyla tulis dlm group dia nak pakai tudung.. @emeliehanif_official pun ckp hati dia sayu,dia kata dia pun nak berhijab. Allahuakhbar.Allahuakhbar. Doakan kawan2 saya yaaa semua… Indahnya persahabatan kami ni tak tau nak ckp mcmana. InsyaAllah kami saling menyokong antara satu sama lain kearah kebaikkan.Perlahan-lahan,kita belajar jadi baik dari sebelumnya. Kita susah sama2 Senang sama2 Nangis sama2 Ketawa sama2 Allah jemput kita berdua pergi umrah bersama @emeliehanif_official. Allah beri kita rezeki,beri kita peluang, Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah terus beri kita hidayah. Semoga Allah bukakan,sucikan hati setiap dari kita. Hidayah milik Allah Doakan semoga @emeliehanif_official kuatkan iman,kuatkan pendirian dan yakin dengan rezeki Allah swt. Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab,ramai ckp saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.Tapi saya kuatkan hati,saya percaya pada rezeki Allah.Kalau saya miskin pun didunia ,saya nak kaya dengan pahala di akhirat,insyaAllah. Alhamdulillah,saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab.Saya dapat mcm2 tawaran yg saya tak pernah dapat masa saya free hair. Kita mencari rezeki dan berkat Allah InsyaAllah Allah permudahkan Sahabatku dunia akhirat. ? @leyla_krisya @emeliehanif_official

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahuakhbar doakanlah yg baik? @emeliehanif_official @leyla_krisya #thepaletintong

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Netizen juga tidak terkecuali untuk memberi kata-kata semangat dan nasihat semoga mereka terus istiqamah dalam menjalani hidup.

Semoga kita semua dimurahkn rezeki. Amin..

 

Sejuk je tgk… Alhamdulillah

Alhamdulillah seronok tgk. Senyap2 ramai mendoakan sebenarnya. stay true to yourself ok couse u guys are ohsemm

comel ketiga2..moga istiqamah!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram zulinaziz

Be the first to comment

Leave a Reply