Semalam telah berlangsung Festival Filem Malaysia (FFM) kali ke 30 yang diadakan bagi mengiktiraf karya serta insan seni yang aktif dalam menghasilkan filem tempatan.
Antara barisan artis yang turut hadir memeriahkan majlis anugerah pada malam ini ialah Johan, Fathia Latiff, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi rakan selebriti yang lain.
Menerusi Astro Gempak, kami kongsikan beberapa keping gambar gaya selebriti di karpet merah majlis ini semalam.
Tahniah Buat Pemenang
‘One Two Jaga’ bolot 6 anugerah termasuk Filem Terbaik FFM30
Filem ‘One Two Jaga’ diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) yang berlangsung pada Sabtu. Kelihatan Bront Palarea (kiri) dan Namron bersama trofi kemenangan.
FILEM arahan Namron iaitu One Two Jaga diangkat sebagai filem terbaik, Anugerah Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam, Sabtu.
Filem tersebut turut meraih trofi lima anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik (Namron), Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh), Lakon Layar Terbaik (Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Namron), Cerita Asal Terbaik (Pitt Haniff, Muhammad Syafiq dan Namron) dan Poster Terbaik (Jazzy Pictures).
Hadiah disampaikan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo.
Dalam pada itu, pelakon Datin Seri Umie Aida pula merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Dukun manakala Pelakon Wanita Harapan dimenangi oleh Jaya Ganason (The Farm: En Veettu Thottathil), Pengarah Harapan (Quek Shio Chuan) dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Eng Wei Jie).
Nam Ron (kiri) dan Chew Kin Wah dalam ‘One Two Jaga’.
Para pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan penganjur iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).
Sebanyak 27 anugerah disampaikan pada malam kemuncak FFM29 ini termasuk tiga Anugerah Khas Juri.
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman pula diberi kepada AR Badul.
FFM29 dihoskan oleh Adibah Noor dan Nabil Ahmad dan ia disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
Lakonan hebat Umie Aida dalam ‘Dukun’ membolehkan dia memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik, FFM30.
Selain Gobin, hadir sama menonton acara berkenaan ialah Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Erin Syazlee Shith, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi & Multimedia, Shalin Ahmad Shakir, Pengerusi Finas, Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pengawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
FFM30 turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Alyah, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Hafiz Suip, Syamel dan Ernie Zakri.
Berikut ini senarai 27 penerima anugerah dalam FFM30.
1. Filem Terbaik: Pixel Play Entertainment – One Two Jaga
2. Pengarah Terbaik: Namron – One Two Jaga
3. Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh – One Two Jaga
4. Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida – Dukun
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat – Polis Evo 2
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda – Makrifat Cinta
7. Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen – Guang
8. Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason – The Farm: En Veettu Thottathil
9. Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan – Guang
10. Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron – One Two Jaga
11. Cerita Asal Terbaik: Aliff Haniff, Muhammad Syafiq & Namron – One Two Jaga
12. Pelakon Kanak Kanak Terbaik: Eng Wei Jie – Rise Of The Legend : Lee Chong Wei
13. Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei – Guang
14. Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin – Dukun
15. Filem Box Office: Munafik 2
16. Karyawan Sepanjang Zaman: AR Badul
17. Anugerah Khas Juri 1 : Asia Tropical Sdn Bhd – Paskal
18. Anugerah Khas Juri 2 : Veedu Production – Vedigundu Passangge
19. Anugerah Khas Juri 3 : Astro Shaw – Busker
20. Penggiat Belakang Tabir : Habsah Hassan
21. Penataan Bunyi Terbaik : Imaginex Studio Sdn Bhd – Pulang
22. Penataan Seni terbaik : Chan Hsien Yu – Guang
23. Rekaan Kostum Terbaik : Andy Sulaiman -Dukun
24. Skor Muzik Terbaik : Nick Davis – Two Sisters
25. Kesan Khas Terbaik : Pixelpost – Dukun
26. Poster Terbaik : Jazz Pictures – One Two Jaga
27. Lagu Tema Terbaik : Monoloque – Atma Jiwa – Busker
Sumber foto : astro gempak
Sumber : mstar blog mazeer
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply