[VIDEO] ‘Nama’ Sekali Lagi Pikat Hati Juri Di Pentas Akhir Asia’s Got Talent Dengan Persembahan Cukup Memukau!

Kumpulan ‘Nama’ dari Malaysia mendapat perhatian ramai selepas berjaya melangkah ke pentas akhir Asia’s Got Talent. Penampilan mereka yang berhijab dan bakat yang dimiliki empat gadis ini cukup memukau hati juri.

Lebih menarik, kumpulan yang dianggotai oleh Fazrina, Syamimi, Fazira dan Farah ini dipilih para juri untuk layak secara automatik ke pusingan akhir yang berlangsung malam tadi di Singapura.

Membawa judul lagu Freedom, persembahan kumpulan ini membuatkan juri Asia’s Got Talent memuji dengan tenaga yang mereka berikan.

Malah pemuzik dan komposer terkenal dari Kanada, David Foster memuji kumpulan ini membawa simbol keamanan dunia. Beliau turut kagum dengan mereka berempat kerana meskipun berhijab namun masih boleh memberikan kualiti persembahan di atas pentas.

Jom saksikan persembahan kumpulan Nama di pentas akhir Asia’s Got Talent di bawah:

Walaupun berjaya memikat hati juri, namun juara Asia’s Got Talent akan ditentukan berdasarkan sistem undian dari penonton.

Jadi, kepada semua rakyat Malaysia marilah sama-sama kita berganding mahu bawa Malaysia sebagai juara Asia’s Got Talent tahun ini dengan mengundi Nama di sini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Youtube Asia’s Got Talent /HCL

Be the first to comment

Leave a Reply