Update kes Acap Hilang; Aduan bau B4NGKAI drpd orang asli sungguh MENDEBARKAN. Timb. Ketua Pengarah Bomba – Ada 2 KEMUNGKINAN yang berlaku kepada Acap…

Oleh kerana team MUST yg ajak, jadi saya ikut dan temani mereka. Kami berenam pergi ke tempat itu, mula masuk hutan tebal dan mendaki bukit yg amat tinggi selama 1 jam.

Tiba di tempat petunjuk itu, saya dan ahli MUST itu bergabung ilmu dan memeriksa tempat itu dan jumpa punca bau busuk itu. Banyak lalat dan langau. Selepas itu saya buat bantu dan teknik ‘pengesan tempur tentera’ selama setengah jam di situ untuk mengikuti kesan-kesan lain jika ada.

Kesimpulan, kami semua berpendapat, itu bukan bau atau kesan may@t manusia. (Alhamdulillah) … Kami pun turun dari bukit itu, keluar dari hutan dan terus bergerak ke kawasan lain untuk buat 1 lagi usaha bersama-sama.

Hari ini saya belajar banyak tentang kelebihan anggota-anggota pakar dari pihak bomba. Banyak kepakaran yg mereka ada untuk usaha menyelamat di darat, laut dan udara. Saya tulis ini khas untuk menghargai semua anggota bomba yg telah berusaha sedaya upaya.

Di depan mata saya selama dua hari ini, berbagai usaha dari jabatan2 kerajaan, dari orang kampung, orang ramai yg berduyun dari tempat jauh.. semua berusaha dengan cara mereka. Sebak hati saya nak tinggalkan ayah acap dan adik beradik acap.

Apapun strategi dan perancangan yg telah dibincang dan dirancang oleh keluarga acap, pihak bomba, saya doakan akan berhasil.

Saya sekarang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Selama 2 hari 2 malam sudah disini, jadi saya kena pulang ke keluarga saya dan masuk kerja esok. Sekian. Assalamualaikum..

‎وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٢٢

“Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu”

(Surah Luqman: ayat 22)

Timb. Ketua Pengarah Bomba – Ada 2 KEMUNGKINAN yang berlaku kepada Acap…

videoviral.co

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu, selagi tidak menemukan m4ngsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata pencarian dalam skala kecil diteruskan membabitkan radius satu kilometer (km) dari lokasi m4ngsa dilaporkan hilang.

“Berdasarkan pengalaman kita, terdapat dua kemungkinan berlaku terhadap Mohammad Ashraf sama ada tergelincir jatuh di kawasan curam sehingga berada di tempat tersembunyi atau tersesat sehingga mengalami masalah kesihatan serta tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Pembukaan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di Bachok, hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Kelantan Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Salleh Sarbini.

Perkhemahan selama lima hari bermula hari ini membabitkan 704 orang kadet daripada 16 kontinjen dari seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Soiman yakin mangsa masih berada di lokasi berdekatan tetapi lokasinya belum dikenal pasti.

Beliau berkata kehilangan Mohammad Ashraf berkemungkinan seperti kes kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang empat tahun lalu apabila mangsa ditemukan dalam jarak 500 meter dari lokasi mereka hilang.

Dalam pada itu beliau memohon supaya semua pihak dapat mendoakan supaya operasi pencarian dipermudahkan dan mangsa segera ditemukan.

VIDEO : Ini Rupanya – Pendedahan Kakak Acap ” Dengan Apa Yang Terjadi ” ..

sumber; videoviral.co

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply