
Jika tahun lalu, pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti berjaya mengungguli Anugerah Couple Meletop 2018, namun untuk tahun ini, anugerah tersebut berjaya diungguli oleh Fattah Amin dan Fazura pula. Wow tahniah Fattzura!
Kemenangan Fattzura dalam kategori tersebut telah membuktikan bahawa mereka sweet dan disukai ramai. Namun begitu, anugerah tersebut dipersoalkan oleh segelintir netizen apabila mereka tidak nampak kelibat pasangan itu ketika malam anugerah berkenaan.
Ketika pasangan Fattzura diumumkan sebagai pemenang bagi kategori berkenaan, ternyata wakil daripada pihak mereka sahaja yang hadir ke pentas untuk menerima anugerah tersebut.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan sedih apabila pasangan tersebut seolah-olah tidak menghargai peminat yang mengundi mereka. Netizen berharap sekurang-kurangnya mereka hadir untuk menerima anugerah tersebut serta memberikan ucapan di atas kemenangan yang diraih.
Ucapan tahniah buat Fattzura
Pasangan tersebut turut menerima ucapan tahniah di atas kemenangan yang diraih serta nasihat supaya mereka abaikan komen negatif yang diterima.
Sumber: Meletop via Oh Bulan
Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2019, Tahniah! Khai Bahar Sekali lagi.
Berakhir sudah anugerah dinantikan ramai (AME 2019) Anugerah MeletOP Era 2019 pada kali ini. Tahniah buat pemenang yang hebat-hebat semuanya.
Begitu meriah AME 2019 dengan kehadiran para selebriti terkenal Malaysia yang rata-ratanya mempunyai peminat yang luar biasa dalam mengundi selebriti kesukaan mereka.
Ini senarai penuh pemenang bagi semua kategori bagi AME 2019. Tahniah sekali lagi buat mereka.
Artis Baharu Meletop- Eyra Hazali
Couple Meletop- Fattah Amin dan Nur Fazura
Si Cilik Meletop- Yusoff Al Qardawi
Program Meletop- Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
Program Radio Meletop- Johara Pagi Era
Drama Meletop- Lelaki Kiriman Tuhan
Filem Meletop- Munafik 2
Bintang Filem Meletop- Syafiq Kyle
Grup/Duo Meletop- Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Penyampai Radio Meletop- Johan
Lagu Meletop- Jatuh Bangun
Penyanyi Meletop- Khai Bahar
Pelakon TV Meletop- Syafiq Kyle
Penerima Anugerah Khas- Dato’ M. Daud Kilau
Yang paling dinantikan ramai adalah kategori Top Top Meletop lelaki dan wanita yang mana telahpun dimenangi sekali lagi oleh Khai Bahar dan Siti Nordiana.
Sumber: Meletop via Oh Bulan / himpunanceritalawak / KL Viral
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply